Sunday, June 16, 2013

Long story short

Salam readers, ehem readers konon.

Punya la lama aku tak update, dah bersarang dah blog ni. So sekali dah bukak ni ape kate tukar sana sini sikit. Header pun nak tukar tapi nantilah, memerlukan masa sket. Aku ni 24jam memang tak pernah cukup. Kerja tak pernah siap, always merungut pasal kerja, penat la susah la, bos selalu kondem la hape la.

But not until yesterday, I had an eye opening experienced. Err wujud ke phrase tu? Anyway, ianya bermula semasa aku nekad nak cari keje lain. Memang dah bengang tahap karma dengan kerja aku skang, bos, bangla, masalah dekat production akhirnya kesalahan itu dujatuhkan keatas bahu seorang kuli macam aku ni. Then tiba-tiba berkat doa, alhamdulillah sangat-sangat aku dapat call dari beberapa tempat invite aku untuk interview.

Ape lagi excited la. Tapi disebabkan kesibukkan kerja, aku crampkan 3 benda untuk disetelkan dalam masa 1 hari, iaitu follow-up checkup bersama 2 interview. So aku ambil cuti tanpa gaji 1 hari Jumaat lepas. Diulangi cuti tanpa gaji. Kat sini kerja setahun baru dapat annual leave. Aku baru 7 bulan. Masih lagi pra-matang untuk dapat AL.
   
So the night before, disebabkan aku ni buta arah nauzubillah, makanya mentelaah la segala jalan kat google maps serta bertanyakan kawan-kawan akan jalan yang benar. Akhirnya masih lagi didalam ke-blur-an. Seraya dengan itu, aku hanya bertawakkal dan berserah saja kepada GPS. Dan sekarang aku menyesal kerana berbuat demikian. So sepanjang perjalan hari tersebut aku menggunakan signboard, GPS dan gerak hati. Ecehhhhh...

Aku keluar rumah pukul 7 am, expected to arrive to Hospital Selayang at 8am, but damn aku sesat. Arrived pukul 8.30am. Should've keluar rumah pukul 6 am kan. Duhhhh. Sampai-sampai pergi daftar bagai, tunggu 2 jam baru dapat jumpa doktor, itupun lepas aku buat muka kesian kat nurse tu, aku cakap aku ada hal kul 11am. So boley bagi aku dulu? *wink wink*. Tapi jumpa doctor dalam 5 minit je. Pergi ambik ubat then terus pergi tempat interview yang pertama kat Kepong. Nasib baik tak sesat. Sebab awal-awal tadi dah tersesat sampai Kepong, so macam dah kenal sikit jalan. Syabas *clap clap*

Dah la lambat setengah jam, dah bad impression dah situ. Ok keep calm. The truth is aku langsung tak dapat nak prepare untuk interview ni. So aku main redah je sebenarnya. Tapi aku boleh cakap la, interview masa lepas grad and after ada a few months experienced is quite different though. Diorang dah tak tanya study dulu belajar apa, subjek ni buat apa, diorang tanya keje sekarang aku buat apa. Itu la masalah aku, aku rasa aku buat setiap kerja kat kilang tu, but then bila disuruh cerita apa yang aku buat. Aku clueless, bila ditanya pernah handle HACCP? Tak pernah, saya just assist colleague saya je. Pernah handle Halal? Itupun saya assist je, tak pernah handle sendiri. The interviewer pun nampak berkerut dahi bila aku bercakap, ye la cakap pun agak tergagap. 

Then dia bercerita panjang tentang apa yang bakal lalui jika aku diterima untuk jawatan tu, owh berderau darah aku. The work is wayyyyyy more challengging. Kena jadi very very very very very indipendent. Dengan pengalaman aku sekarang, baru aku sedar sebenarnya aku ni memang tak pandai buat apa pun. Banyak benda yang aku tak tau. Tapi hari-hari duk merungut aku kena buat itu ini. But still I've learnt nothing. Nothing I tell you. Terasa hidup aku bekerja selama 7 bulan ni tak dapat apa pun. Bukan salah kerja, bukan salah bos, tapi salah aku sendiri kot.... Hurmmmmm

For the next interview, well aku sesat lagi. Tapi aku sampai awal 15 minit. Then dekat situ kerja dia lagiiiiii mencabar. Dia sendiri cakap, so are up for the challenge. Ok aku sentap kejap. Terasa berat sangat. Baru la aku bersyukur yang aku keje kat kilang soya yang cikai ni. Lepas tu aku pikir banyak kali, betul ke aku nak tukar keje? Keje senang kat sini pun tak mampu buat, for the first time aku sedar yang ade keje kat luar tu jauh lebih tough dari yang aku but sekarang. Selama ni aku rasa aku je la buat keje paling susah kat dunia ni. 

Aku pikir punya pikir punya pikir. Sampai hari ni tak habis pikir lagi. Hurmmmm. Aku dah tak ada hati nak kerja situ but at the same time experienced dan pengetahuan aku masih tak cukup untuk aku pergi ke tempat lain. Kalau aku pergi tempat lain boleh tak aku cope with works? Yang sekarang ni pun tak boleh handle, how am I suppose to handle 8-10 QC's dibawah kelolaan aku? Handle audit sorang-sorang?Handle problems di production?

Mampu ke??Mampu ke aku??Mampu ke mampus???

1 comment:

Anonymous said...

Casino Site - luckyclub.live
Casino Site is an online casino that has luckyclub been operating since 2000. The casino is the largest and most established gambling brand in the world. It has a total of