Friday, April 17, 2015

Pendakap gigi?

Assalamualaikum,

Lololol baca tajuk sendiri. Gila skema pendakap gigi ken. Hokay lama gila tak update. Sebab aku tak da apa pon nak update. Hidup aku sama saja buat benda sama so nak hari-hari update benda sama lemak la. Yang cerita tak sama ni pun belum tentu orang baca lagi la cerita sama hari-hari. Meluat aih!

Cakap utagha pasai apa pulak ni. Okay so today aku nak cerita pengalaman aku pakai itu apadia namanya bracessss. Ye. Walaupun hakikatnya ramainya dok tanya 'Awat hang nak pakai braces? Gigi hang bukan teruk pun. Ok ja aku tengok'. Lalu aku menjawab, 'Itu hang tengok, aku tengok nampak lain' Cam arnab hang tau dak'. Walaupun arnab itu comel. Tapi jika disamakan dengan beliau sedikit pun tidak menaikkan self esteem aku. Tidak!

http://3.bp.blogspot.com/_ZB2o30Q9w-g/TJ_Tuth_08I/AAAAAAAARGA/ROjr5S2l4UQ/s1600/IMG_9084+(2).JPG
Dah pasaipa hangpa nak kerat gigi dia hoi.

Soooo, lepas dapat bonus aku pun terus g ortho untuk check up, adakah saya perlu pakai braces, nak pakai yang macam mana. So ortho suruh aku pakai for both gigi atas and bawah. Plus aku kena cabut 4 batang gigi. Diulangi. 4 ye anak-anak. Four.

Mula-mula ortho akan mintak ko buat x-ray gigi. OPG x-ray nama dia. That clinic tak ada kemudahan x-ray hence die halau aku suh p x-ray kat tempat lain. Dia tulis atas kertas the clinic's name alamat semua bagai. Then dia cakap ' You pergi kaunter cakap nak buat OPG x-ray'. Aku pon konpiden 'Baiklah'. Teruslah pecut ke klinik tersebut. Pergi klinik nak buat x-ray, klinik tutup! Ahahahahahaha! Ye tak tipu. Klinik tu tutup lunch hour. So singgah pizza hut sat melantak sambil melawat. See, cuti pun buat kerja jugak. Hah! 

Ok lepas lunch pergi klinik tu balik. Cari-cari kertas yang nurse tu bagi tadi tak jumpa plak. Demmmmmmmmm tinggal dalam kereta. Whadeheck memang tak la nak pergi ambil dalam kereta. Aku pun pergi kaunter dengan penuh konfiden 'Saya nak buat OPC x-ray'. Akak kaunter tu balas 'OPG x-ray ye?'. Aku pun sengih 'Ye OPG'. Hahahahaha! Tu la. Tak fokus. Kena makan coklat pintar neh.

Masuk bilik x-ray terus kena bukak pin tudung semua bagai. Pastu pakai baju kalis peluru (macam la). First time x-ray gigi. Masuk dalam booth pastu kena gigit satu tiub and lidah kena curl ke atas. Mengigil aku nak maintain lidah ke atas tuh. Aha! Lepas setel pecut balik klinik tadi. Dia tengok x-ray dia komen-komen gigi aku. 'Ni gigi 4 batang kena cabut. Pastu geraham bongsu pon senget. Later kita cabut jugak'. Hoi tinggai berapa ja gigi aku semua kau nak cabut! Cabut lah semua! Biar aku pakai gigi pelesu lekat guna polident. Boley join kilaun emas.

Sebelum cabut ke hape, diorang kena buat replika gigi aku sebelum pakai braces. So kena buat mold. Mold tu dia guna macam simen ceiling tu. Letak dlm besi. Pastu tekap kan gigi aku. Kuat doc tu tekan gigi aku. Sikit lagi kaki aku nak naik kat kepala dia. Sikit je la. Pastu dia tanya. 'Nak cabut gigi hari ni ke? But we will fix the bracket tomorrow'. Aku cam 'Hurmmm. Esok je la buat semua!!!' .Hahahaha. Biar sakit sekali je. So dia letak getah kaler biru nama separator yang bertujuan untuk merenggangkan gigi geraham aku yang bakal diletakkan besi. Sakit masa nk letak je. Sebab doc tu sesuka hati jolok gigi aku guna playar. Sakit tau tak. Kalau aku tau mana kete engko memang habis calar aku kerjakan. 

Ok aku pon balik dengan pakai separator kat gigi. Rasa macam ada gelang getah sangkut kat gigi. Risau nak makan kot tertelan. Hahahahaha! Kot pergi klinik esok, eh mana lagi 1 separator? Jeng jeng jeng trengggggg!

Fast forward next day aku g klinik balik, breakfast kt McD dulu. Wajib makan sebab ko akan lapar due to the longggg process and ko akan susah nak makan lepas tu. Dengan darahnya, besi nya dalam mulut. Yukssss. Ok so aku pun pergi la menyerah diri untuk dicabut gigi. Rupanya, dia fix besi dulu kat geraham belakang. Pastu lekat bracket kt gigi. Aku macam bila nak cabut ni. Aku dah bersedia mental dan fisikal kot. Hahahaha. Pastu kena biar bracket tu kering and melekat dengan jayanya. So aku pon dok selfie dengan gigi besi sambil menunggu. Gambar tak boleh letak. Nanti semua orang trauma.

Okay, lepas setengah jam macam tu. Aku masuk balik. Then its time to cabut gigi!! Yippie! Dia sembur ape ntah dalam mulut aku. Sorang sembur sorang sedut. Pastu cucuk bius. Ni sakit. Seriousssss. Lepas tu aku rasa macam eh tak de rase ape pon. Bius ni ok ke tak. Kot cabut t sakit acaner. Aku dah cecuak. Masa doc pegang playar nak cabut gigi bawah kanan aku tutup mata. Nurse tu cakap 'Jangan tutup mata! Open your eyes!' Eh suka la nak bukak ke tutup!


Doc tu goyang-goyang gigi aku. So kepala aku goyang sekali. Datang sorang nurse bagi aku headlock. Dah macam WWE pulak! Lepas tu aku dengar bunyi 'pop' and the nurse lepaskan aku. Aku cam eh dah cabut ke. Tak rase ape pon. Pastu die g gigi bawah kiri pulak. Yang ni aku nampak dia cabut and letak gigi aku atas plate kt tepi. Wow. Darah. Pastu gigi atas kiri. Ok ini scary. Gigi atas kiri ni patah dua bila dia tarik. So ada balance gigi dalam gusi lagi. Makanya doc tu guna playar korek-korek gusi aku untuk extract balance gigi tu. Aku pon redha je lah dikorek-korek gusi. Lepas tu dia g kat gigi kanan atas pulak. Yang ni senang je. Tarik terus keluar. Pastu aku nampak scrubs doc tu ade bnyk darah. Gloves die pun banyak darah. OMG! Its that my blood??

Pastu doc kata. 'Ok you wait first outside, when the bleeding stops we fix the wire and you can go home'. Aku macam blur. Eh lagi satu gigi dah cabut ke? Aku raba guna lidah owh dah cabut rupanya tadi! Keh keh keh! Serious tak rasa apa-apa! Bibir aku kebas gila and terjuih macam Angelina Jolie. Kebas sampai aku tak sedar cotton yg ade kt mulut aku ni too soaked with saliva and blood+saliva meleleh kat tepi bibir. Hahahaha!. Sure korang geli baca kan. Bongok! Tapi time tu aku feeling-feeling Edward cullen lepas hisap darah orang! Hahahahaha!


After 45min macam tu doc panggil tukar cotton dalam mulut and keep reminding me to swallow my saliva. Jangan ludah sebab nanti effect luka gusi tu sebab you will put pressure when you spit. Lepas tu suh pergi minum something cold. Aku pon sebelum pergi beli air baru teringat tudung aku dah rupa macam hapa lepas kena headlock dengan nurse tu. So p toilet dulu fix tudung and turun cari kedai mamak. Aku beli 100plus sejuk. Tapi bangang tak ambil straw. So minum je la macam biasa  and lupa bius tak ilang lagi. So bibir kebas dan tidak berdaya untuk minum dengan sempurna. Meleleh air 100plus! Hahahaha. Bongok betul. Lepas 1/2 hour nurse panggil masuk balik untuk fixing. Walaupun gums still bleeding tapi doc cakap ok so fix je wire. Sebelum balik aku setel payment semua and nurse bagi aku sikit ubat and dental care sikit. Aku ingat free, kena bayar rupanya. Cehhhh!

 
Gambar atas ni benda-benda yang aku kena pakai. From the right, ortho tooth brush only jual kt klinik, floss, mouthwash for braces users, dalam bekas pink tu wax ke silicone guna untuk lekat kt bracket to reduce friction while talking, tapi kalo dah kena bercakap doplohpatjam macam aku ni tak de effect der. And lastly brush kecik guna untuk cuci di celah-celah bedah eh bukan, celah-celah gigi. Before this jujur cakap la aku tak de la teliti sangat dalam penjagaan gigi. Floss pun aku tak reti pakai. Aku cuma gosok gigi dengan ubat gigi darlie and kadang kalau teringat guna mouthwash! Huhu! Tapi sekarang aku kena la ber-BFF-kan benda-benda ni. 

Lepas tu aku ada la terpaksa ber-BFF dengan lagi satu benda ni.

 

My one and only trusted medicine for any ulcers. Dari dulu kalau ada apa-apa ulcer memang aku pakai ni je. The bracket yang lekat kat gigi ni kind of sharp, so area dalam mulut ni dah start ada luka and ulcer. So treat it with this thing. Less than 12hrs ulcer dah tak pedih. Daebak!

Despite the ulcer, terasa seperti ada metal cage dalam mulut as well as cannot eat properly (sakit nak kunyah hoiiii), I also become very pelat! Hahaha ini sangat kelakar. Time kat klinik lepas bayar semua aku nak tanya ada ubat gigi khas tak. So aku bebajet nak ckp English 'How about toothsss pastess?' aku cakap dengan konpiden. Nurse buat muka blur. Aku ulang sebut baru dia faham 'Owhh tooth paste can use any brand'. Hahahaha! Kejadah tooth paste pun tak reti nak sebut.

Pasang braces hari sabtu, selasa kena buat briefing for new managers. Bijak betul awak ni kan. So terpaksa lah ber-briefing dengan pelat-pelat nye. Aku dah nampak bebudak ni macam gelak-gelak. Ye saya tau sebutan tak betul. Tapi aku dah mentioned awal-awal. ' Sorry ye awak semua, saya pelat sikit sebab baru lagi pakai benda ni, kalau tak jelas or tak paham tanya ye'.



Okay this is me wearing it on the 4th day. Waaaaa aku tak pernah post gambar sendiri dalam blog ni kot. Nampak tak bracket tu macam bling-bling? Sebab aku guna camera 360! Itu pun nak guna 360 kan. Kikikiki. Ada satu bracket tak dapat masuk wire sebab alignment lari. Maybe after a few appointments baru ok and boley fix sekali.

Dah kenapa taip semua benda dalam satu post seperti tiada button new post dah? Sebab aku malas nak post banyak kali. Banyak lagi kojo den. 

That's all for now. After this aku akan post the progress of my teeth ok uolls.

Oyasuminasai!
Assalamualaikum! 

5 comments:

lisanna said...

Berape harga semuanya.. takut time nk cabut gigi

lisanna said...

Berape harga semuanya.. takut time nk cabut gigi

Diana Fariha said...

how much dear??

Nur Shafikah said...

Berani jgk awk kn..cabut smua terus pasang..sy pasang then cabut 1..ada balance 3 gg lg nak cabut.. braces sy truk..x boleh nk tutup mulut sbb ada penghadang d gg tempat menggigit yg jdkan gg sy x dpt ttup..nal mkn pn x blh..today is my 2nd days n im so hungry!!

a_a said...

Hi Lisanna and Diana,

Baru bukak comments uolls so nanti I explain dlm next entry ya.

Hi Shafikah,

Great memories kan kan kan kan??? Hihihihihi.