Tuesday, December 14, 2010

♥Love makes the world go round♥

love love love love love!!!
love love!!!
makes the world go round!!!
Salam semua...

This picture looks familiar??? Its sugar, spice and everything nice. These were the ingredients to make a perfect little girl. Hahaha.. Aku hafal kot ayat tuh. Katun feveret time aku skolah rendah.. Ade satu episode dimana Blossom, Bubbles n Buttercup kene lawan ngan badut yang tukar jadi mimer lepas tertumpah bleach atas dier. Hape punye pelik kejadian neh tapi sebab dalam katun so layan je la ek. Lepas die berubah jadi mimer die pegi ubah satu Townsville (bandar tempat Powerpuff Girls duduk) jadi mime jugak yakni suram, tiada kaler n tiada suara!!! Oh no!!! Power Puff Girls, we need your help!!! Chiuuu chhiiuuu chhhiiuuu!!! Powerpuff girls terbang pergi menyelamatkan Townsville yang dalam bahaya.. Tapi malangnya si badut tak guna neh terlalu kuat n berjaya mentransformkan those little girls into mimer!! Oh no!! How could this happen??? 

Tapi dah budak tiga ketul tu hero, mane boley kalah ye tak. Oh silap.. Bukan hero tapi heroin. Tiba-tiba, ntah dari ufuk mana datang kekuatan, budak tiga ketul neh boley buat kugiran and then menyanyi pulak. Mane datang pentas aku pun aku kurang pasti. Diorang pun nyanyi lagu yang bertajuk 'Love Makes The World Go Round'. Comel je suara. Aku ingat lagi lagu tu sampai skang. Huhuhu... Lepas dengar lagu tu, mimers tukar balik jadi badut normal n then the whole Townsville turns back to normal!! Once again, the day is saved.. Thanks to The Powerpuff Girls!!
 -THE END-

That's the end of that story but not the end of this entry. Ape yang aku nak cakap is about 'love makes the world go round' je sebenarnya.. Mukadimah je panjang..hahaha.. Beselah, macam tak kenal aku.. Memang korang tak kenal aku pun sebenarnya. Ok, here's the question.. Is love really do make the world go round?? I mean literally go round.. Does it??? Adakah cinta yang menyebabkan bumi berputar di sekeliling matahari dan juga berputar di atas paksi??? 

Aku ada terbaca dalam blog seorang hamba Allah ni.. Die tulis tentang tanda-tanda pertukaran tentang siang dan malam. He or she is really good. Seronok baca artikel-artikel kat situ.Kenapa aku tiba-tiba nak cakap pasal siang malam pulak neh kan.. Sebab when the earth go round results in the phenomena of day and night. Am I right?? Maaflah kalo bahasa omputeh aku broken.. Kalo tak paham buat-buat paham je la k. Aku pendekkan ape yang aku paham dari artikel tu. Dekat situ dia tulis pertukaran siang dan malam bergantung pada paksi dan kedudukan bumi dari sinaran matahari. Bukan sinaran pasport kegemilangan ye. Bumi berputar di sekeliling matahari as well as di atas paksi dengan darjah kecondongan 23o seperti rajah di bawah. 

pics taken from wikipedia 
Disebabkan kecondongan tersebut, setiap pelosok bumi ni akan merasa kepanasan matahari pada siang hari as well as kedinginan malam. Tak macam planet Uranus yang berputar 98or macam sebatang kayu bergolek. Cuma one part of the planet yang terima cahaya matahari and another part bergelap sepanjang tahun sampai bila-bila. Bersyukur tak dapat duk kat bumi neh??? Bayangkan kalo kiter dok kat Uranus. Sepanjang hari panas or sepanjang hari gelap gulita. Mau kulit jadi gelap tak hengat sampai kene kanser kulit campur terbakar skali and at the other side sume jadi depress giler sebab tak jumpe cahaya matahari tambah sejuk tak hengat lagi and ice hanging from your nose. Seriously, anda akan jadi depress kalo tak kene cahaya matahari. Try ar sendiri kalu nak tau depress ke tak..Hehehe.. 

Google =]
Another interesting point is kelajuan bumi berputar di atas paksi memberi efek terhadap suhu bumi. Macam mane tu ek?? Berdasarkan artikel tadi, bumi berputar lebih kurang 1669.75 km/jam tuk menghasilkan 12 jam siang and 12 jam malam. Bapak laju giler!!! Tapi kiter rase cam slow and steady je kan... Bumi nie besor, tu pasal tak rase. Kalo terase bumi ni perputar mau dah pening-pening sebab mabuk bumi. Kelajuan putaran ni akan akan menentukan berapa lama satu-satu permukaan ni terdedah dengan cahaya matahari. Kalau putar slow sangat, duration siang tu lama sangat and panas giler sampai berpeluh ketiak and sebelah malam pulak sejuk giler sampai beku peluh di ketiak tadi. Tak ke pelik rasanya tuh. Selepas itu, julat suhu bumi pon of coz akan berubah. Mostly, tumbuhan or hidupan tak boley survive keadaan macam neh betul tak, melainkan X-men. Kalo ade Storm tu boley la panggil ujan kalo dah panas terik sangat... Hahahaha...

Now, back to the question earlier... Does love make the world go round. the answer is YES. Huh?? Awat hangpa heran aku cakap lagu tu... Hangpa ni baca ka dak apa yang aku melalut atas neh. Dekat mane yang aku cakap ada pasal cinta nya?? Tak yah susah-susah carik. Memang tak de. Tapi pikirkanlah, siapa yang mencipta bumi yang berputar ni??? Siapa yang mencipta sistem siang dan malam ni?? Of coz none other than the one and only ALLAH swt. Disebabkan Allah swt sayangkan umat-Nya, cintakan umatnya, Dia menciptakan bumi yang berputar dengan waktu siang dan malam untuk umat-Nya hidup dengan selesa dan dapat beribadat kepada-Nya. Sebab sayang dan cinta akan umat-Nya, Dia memutarkan bumi dengan kelajuan yang sepatutnya supaya umat-Nya tidak kepanasan atau kesejukan yang terlampau. Dengan itu kita hendaklah bersyukur kepada-Nya dan membalas cinta Allah swt dengan menjadi seorang muslim yang taat dan patuh dengan peritah Allah swt serta menjauhi larangan-Nya. Now can you see what I've try to say???

As makhluk ciptaan Allah swt, kita sepatutnya menjaga bumi yang tersayang ni sebaik mungkin. Ini tidak, polution sana sini, tebang pokok sana sinun, sampah sama tinggi ngan gunung. Biler datang bencana alam tau pulak takut, baru nak mintak tolong. Kita kene beringat la kan, sume-sume disekeliling kiter ni loan semata-mata. Amacam kalo ade orang pinjam kete ko pastu tolak masuk gaung?? Berapi tak hati kau.. Sama la macam ni.. Tuhan dah bagi nikmat macam-macam tapi tak reti nak bersyukur, tak jaga elok-elok. Sekarang dah global warming la, ais kat kutub utara cair la, beruang kutub tak makan penguin la.. Ok itu tak dak kene mengena.

As kata-kata penutup, sayangilah bumi ini seperti anda sayang awek anda yang tiap malam dok bergayut sampai patah dahan pokok mempelam ketua kampung anda. Take care of the earth before it 'take care' of us. Peace out!!!

No comments: