Saturday, May 21, 2011

k-pop, m-pop, mercun pop-pop...

Salam...

Aku tau dah banyak entri yang mencemuh kemunculan M-pop ni. Seperti entri ini, ini, ini, dan ini. So aku rasa tak perlu la kot aku nak komplen benda yang sama. Sian pulak diorang kan. Niat murni diorang nak memenuhi kehendak rakyat Malaysia ni yang semakin kemaruk dengan k-pop (aku la tu). Tapi dicerca sebegini rupa pulak. Kesian....Crazy Emoticons

Walaubagaimanapun, korang yang cari pasal kan. Nak tiru-tiru plak kan, nak k-pop2 pulak kan, nak saranghae-saranghae gak kan. So berani buat berani tanggung la kan.. Huhuhuhu... Ye la, berani betul korang cuba membuatkan peminat K-pop tegar macam aku ni perlu melupakan Super Junior semata-mata kerana korang sudah menjadi Malaysian 'Super Junior' tapi haram tak sama. Errr, memang tak patut.  

Listen up K-pop wannabe, kalau korang betul-betul nak jadi K-pop, there are a few rules to be obeyed. This is serious. Korang nak jadi K-pop kena la betul-betul K-pop. Jangan hangat-hangat taik orang ayam je. Ini tidak, nak tiru K-pop tapi resultnye cuma membuatkan orang yang melihat korang nak baling seguni mercun pop-pop kat korang.

Rule no 1: Muka jambu (wajib by hook or by crook)
Perkara pertama mestilah muka korang kena memenuhi selera mata peminat-peminat korea yang menggemarkan kejambuan, kecomelan, kekiutan, dan juga ke-rasa-ingin-mencubit-pipi-itu-an. Untuk mendapatkan kejambuan itu, korang kenalah mencuba dengan apa jua cara sekalipun. Plastic surgery, susuk kiut, suntik collagen, vitamin C, steroid, botox, pakai minyak dagu, Jus Mate-5, ngangkung dan sebagainya. 

Kalau dah namanya jambu, kenalah kulit putih melepak cam kain kapan kan. So gunalah fair and lovely sebanyak mungkin hingga kulit putih sampai ke tulang. Pastu mata kena besar, baru comel nak wink-wink. Kulit kena licin, jerawat diharamkan, kalau ade kuar jerawat kena samak (kui3). 

Kim Hyun Jung duta The Face Shop. Boleh mintak tips muka jambu kat dia.
Kalau masalah kulit haram tak cantik tak dapat dibendung, tak mengapa. Usah gusar. Make-up kan de. Make sure make-up korang tebal seinci tapi still nampak natural. So pandai-pandai lah ejas ye. Lagi, bibir kena jambu ala-ala Justin Bibir eh silap Bieber. Rambut kena stylo, highlight sana-sinun mane patut. Yang penting tutup dahi. Bila tutup dahi muka nampak lebih kecil dan kiut. Make sure muka korang lebih kecik dari tapak tangan sendiri. 

Pakej lengkap.*wink-wink*
Rule no 2: Physical appearance (tinggi, berat, ukur lilit buku lali)
Di sini, spesifikasi untuk fizikal lelaki dan perempuan lain. Aku mulakan dengan lelaki dulu. First thing, mesti tinggi at least 177cm and above. Orang korea tinggi-tinggi, kalau ketot usah mimpi nak korea-korea. Pergi makan beberapa juta carton Calci-yum dulu baru boleh jadi k-pop. Next, badan kena tough. Muscle kena ada, 6-pack kena timbul. Tapi tak mau la ketak-ketak sangat. Asian mostly kurus but muscular. Bulu badan sila cukur. Bulu ketiak boleh tinggal sikit, cam tak macho lak laki ketiak licin. Cam nyah plak...wakakaka... Lagi satu, badan kena putih, so terpulanglah nak mandi susu ke, nak buat rawatan laser ke. Yang penting PUTIH. 

*nosebleed*
Bagi perempuan, dah tentu-tentu kena slim nak mampus. Berat kena kurang dari 45kg. Tinggi tak kesah. Perempuan kalo pendek kiut. Tapi tinggi mana sekalipun berat kena below 45kg. Ingat tu below 45kg. Next, kandungan lemak dalam badan kena -25%. Especially tang kaki. Kena slim tanpa lemak macam slim river. Bagi korean ladies kaki mereka merupakan aset penting. Sebab tu mereka suka pakai hot pants, skirt singkat. Kaler kulit seperti biasa kena putih melepak cam zombie (bape banya kali da aku ulang pasal putih). Tak de parut ke, luka ke, bekas gigit nyamuk ke.

Potongan badan kena 3*-24-34. Boobs tak kesah besar ke kecik but mostly korean ladies boobs kecik jek. Tapi kena mantap, no gelebeh-gelebeh ok. Kalo gelebeh pakai push-up bra. Tak tau push-up bra tu apa pergi Google sendiri. 

Aku kalo group pompuan je mesti SNSD...huhuhu..sorry, aku peminat tegar diorang.
Rule no. 3: Talent
Ini amat penting, nak jadi penyanyi even bukan K-pop wannabe sekalipun, bakat kena ada. Walaupun bukan semua K-pop singers berbakat besar. But diorang punya determination untuk 'jadi' berbakat punya pasal sangat mengagumkan. Mereka sanggup training selama beberapa tahun untuk jadi penghibur. Kalau hari ni ko rasa nak jadi penyanyi then esok terus rakam album usah mimpi la Bedah. Melainkan suara kau super sedap macam Celine Dion. Aku sanggup keluarkan semua duit PTPTN aku semata-mata nak buatkan ko album. Nak???

Kat sini aku guna penghibur instead of penyanyi atau pelakon sebab selalunya diorang tak stick pada satu profession sahaja. Kalau start as a singer, pastu akan berlakon pulak. Tak pun jadi duta kosmetik atau plastic surgeon. 
iklan minyak masak kot...
Another thing, usaha mereka untuk menghiburkan penonton sangat magnificent. Diorang nyanyi, diorang berlakon, buat album gambar supaya peminat boleh tatap diorang puas-puas, diorang masuk variety show and reality show, diorang buat iklan lagi. Well semua itu untuk duit royalti tapi ianya still usaha yang patut diberikan 4 thumbs up. 

Memang tak mustahil, diorang boleh ada fan club yang beriban orang, siap ada nama sendiri and theme color. Contohnya, fan SNSD dipanggil S♥NE and warna rasmi diorang pink, peminat SuJu dipanggil ELF dengan warna rasmi pearl sapphire blue. This prove that some of them are not just selling their pretty face. Tapi tak semestinya semua orang suka diorang, ada jugak haters, tapi who cares about haters...

Rule no. 4: Just be yourself.
Last but not least. Just be yourself. Kalau korang tu melayu, melayu je lah. Tak perlu nak K-pop2 neh. Biar orang korea je jadi K-pop. Itu culture diorang. Ini bukan culture kita. Adalah lebih baik korang buat wayang kulit ke, nari ulek mayang ke, main congkak ke. Tak perlu hipokrit terhadap kemampuan diri sendiri yang memang sudah sah-sah tak kan dapat jadi K-pop sebab korang memang bukan orang korea to begin with. Biarlah orang korea yang continue K-pop dengan 6-pack and skirt pendek.

Kitorang minat K-pop ni sebab minat dan minat sahaja. Tak de la sampai nak kawen dengan diorang. Pervert ok pikiran itu. So tak perlu la lelaki-lelaki nak jadi K-pop semata-mata nak tawan semula perempuan melayu. Ada lelaki melayu pun suka gak awek korea. Sebab tu budak gula-gula tu wujud. Kan, kan, kan???

Kepada K-pop wannabe tu, aku yang sangat meminati korea ni tak benci korang. Aku cuma benci apa yang korang buat. Please jangan memalukan diri sendiri anymore. Sila pulang ke pangkal jalan.

p/s: Kalau ade bebudak 24/7 ngan gegula tu baca entri aku ni, cubalah follow rules diatas kalau boleh..huhuhuhu 

2 comments:

shiho-chan said...

terbaik lah die hard fan k-pop..huahua...aku nak share kt fb...hehe boleh x???

a_a said...

bley jek..huhuhu...=]