Thursday, May 5, 2011

perlu ke 'sume-sume' tu?????

ASSALAMULAIKUM!!!!

Hey ya'll. Baru aku perasan tahun 2011 ni aku jarang berblogging. Busy kot. That means aku ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dibuat selain dari duduk tercongok depan laptop. 
Muahahahahah ha ha ha ha ha...*ehemmm*

Ok lupakan perkara tak penting diatas. Hari ni aku nak cerita pasal movies. Aku bukan nak buat review filem. Aku tak pandai nak ulas-ulas neh. Aku tau kondem jek. Tak pasal-pasal aku kena saman pulak kang kan.


The story starts minggu lepas, aku balik kampung sempena hari pekerja. Aku pekerja sekarang so aku cuti la. Aku balik tak bawak laptop, sebab tu aku tak update blog and tak bukak FB selama EMPAT HARI. Diulangi EMPAT HARI. 


So aku pun pergi menjahanamkan PC abang aku yang dah lame tersadai kat umah tu. Malangnya device untuk wifi pulak rosak. So PC tu tak de function sebab tak boleh bukak FB. Macam la pc dicipta untuk bukak FB semata-mata. Eh apsal aku asyik capitalkan FB neh. Eh aku buat lagi.

Disebabkan tak boleh bukak fb so maka aku pun menceroboh masuk ke hardisk pc abang aku neh. Ade 6 hardisk dia pakai kot. Agak-agak la. Tercabar tul aku rasa. 

Abang aku suka download movie. Movie omputih mostly, mat salleh la sangat kan. Hakkktuiihhh.... Aku ni jenis tak sabar, malas nak layan movie 2-3 jam. So aku bukak 1 movie pastu clik randomly kat time line dia. Paham jalan citer cukup la. So dalam sejam boley layan 2-3 movie. Bijak tak haku.. Muahahahaha...


Ehemmm, banyak juga la movie yang best-best abang aku download. Movie omputih memang sonok. Lakonan tak plastik, kalo yang hantu tu tak de la stok orang selubung ngan kain pastu jalan huyung-hayang, kalo yang bunuh-bunuh lak memang terasa seperti tangan aku yang kena libas dengan kapak. Ngiluuuu~~~

Tapi yang tak sedapnya, adegan 18SX pun sangat 'REAL'.... Ada 1 movie thriller yang aku tengok tuh, patut citer bunuh-bunuh la tapi dah rasa cam tengok porn pun ade. Errr jangan tanya aku porn tu ape....Nasib aku tengok sorang dalam bilik. Kalo tengok dengan anak buah aku ke. Mau aku lari pegi rumah sebelah sambil tutup muka dengan kain batik...

Kalau adegan topless tu memang toksah cakap la. Senang-senang je ko bukak bra depan tv ye kak. Dah banyak sebenarnya adegan topless dalam movie omputih neh. Yang bukak dari atas sampai bawah pun selamber dekkk jek..  Hape ko tak malu ke satu krew filem tu tengok ko bogel???

got this from google~~~~
Omputih ni memang eksploitasikan pompuan habis-habisan untuk menguntungkan industri perfileman diorang. Pastu tunjuk sebijik-sebijik aktiviti bersenggama. Sure la ramai forever alone pervert yang nak tengok citer tu betul tak????

Tapi kan, aku tak pernah tengok mana-mana filem yang agak-agak lucah, tunjuk laki yang bogel, I mean totally nude. Bukan aku nak tengok pulak. Tapi kenapa???? Apasal??? Kalau perempuan korang boley strip down dari atas sampai bawah sampai segala-gala terburai tapi lelaki tak???

Seperti yang aku cakap tadi bukan aku nak tengok tapi macam agak unfair (agak ke memang) and macam menunjukkan perempuan ini sangat 'cheap'. Yeah cheap, macam tak de maruah and boley diperlakukan apa saja... Macam itu ke mereka treat perempuan di barat. If that so, being a muslimah is wayyyyy better la my fren...

Adegan-adegan tak semengah ni aku tengok makin banyak pulak dalam filem melayu. Amboi ade hati nak jadi hollywood ke orang melayu neh. Sume stok nak pakai baju nampak ketiak, hape ketiak ko lawa sangat??? Kalo lawa jadi la model ubat ketiak, tak yah belakon pilem... 


Aku kalau boley nak la lepak-lepak tengok movie dengan anak-anak aku. Buat aktiviti di hujung minggu, tapi kalau macam ni lah sume movie yang ade, ceriter ape je aku boley bagi anak-anak aku tengok??? Walaupun aku tak de anak lagi buat masa ini and, mungkin bukan dalam masa terdekat atau terjauh neh. Tapi macam mana dengan anak orang lain???? Aku ni considerate orangnya, pasal anak orang lain pun aku pikir tau.

Orang lain maybe boley cakap "Ala biasa la bende-bende macm neh. Tak open minded tul la ko neh"

Aku bukan tak open minded tapi perlu ke aku open minded pasal perkara ni???? Perlu ke aku tolerate dengan perkara yang memalukan ini??

Patut la budak-budak sekarang ni pun suma jenis tak tahu malu beromen depan orang ramai, lagi bangang kalo yang dok rakam-rakam, lagi bangang kalo pegi letak dlam blog or myspace or fb...



   

4 comments:

shiho-chan said...

weyh weyh aku ade tengok satu citer ni...the oxford murder...aku rase mcm ak pn belajar kt oxford gak waktu tengok citer tuh...haha... elijah wood yg berlakon....tp yg xbestnyer... I feel dirty tengok citer tu... adegan siot tu pun ade gak....bongok betol...cian aku yg suci dan bersih nih..haha...mmg la ak 4ward2 kan part tu.. tp x malu ke pompuan tuh and elijah wood tu skali..dang! baik dyorng jd porn star je.

a_a said...

kan kan..nak wat porn buat ar citer porn2 tul..
x perlu kot nak mempornkan citer lain kan...

shiho-chan said...

betol2... ia menyebabkn cerite yg best nmpk kotor..huhuu..

a_a said...

lpas abi movie macam distracted and lebih igt scene yg tak senonoh 2 dr jln citer sebenar...
t'tumpah nila otak ak..huhuhu