Kita manusia, mereka juga manusia. Kita punya perasaan dan mereka juga punya perasaan. Manusia tiada yang sempurna. Apa hak kita untuk menghakimi seseorang, menghukum seseorang di atas kesalahan yang sesiapa sahaja boleh lakukan. Tapi tidak sedar yang kesalahan itu, kita sendiri telah lakukan. Mulia sangat kah kita ni???? Maksum kah kita ni???? Semua manusia melakukan kesilapan tak kira kecil atau besar. Samada kesilapan itu dikesali atau tidak yang menjadi kayu ukur kepada akhlak dan hati budi seseorang itu.
Ingatlah wahai manusia, kita hidup di dunia ini sementara. Hatred is just a waste of time. Tak berbaloi membenci orang sedangkan kita punya lebih banyak peluang untuk mengasihi orang lain. Kenapa kita selalu mengejar untuk mendapatkan dosa dengan membenci orang lain sedangkan kita patut mengejar untuk mendapatkan pahala dengan mengasihi orang lain.
This is a reminder to myself. May Allah opens my heart to be a better person, a better Muslim, a better daughter, a better friend and have a better life. Aminnnn~~~~

No comments:
Post a Comment