Assalamualaikum!
Finally, aku update blog after more than 6 months hiatus. Haha! Giler busy perempuan ni kan. Anyway, right now my clock shows 11.56pm whereby I need to get up early tomorrow to travel back to KL. Yeaahhhh KL. Aku orang KL skang yaw!!!
Ok poyo je. Maka, dengan ini saya mengupdate blog sebab petang tadi ada kawan sekolah bagi link blog dia cerita pasal dia buat braces. So tiba-tiba aku teringat aku pun ada blog jugak lahhh whatdehekkkkk!
Sooooo aku nak cerita pengalaman aku interview SPA buat julung-julung kalinya. Mula-mula aku nak cerita betapa kelam kabutnya hidup aku minggu lepas. Interview hari rabu, hari selasa aku masih di Pahang outstation. Sampai dari Pahang pukul 8pm. Setel down mandi manda lepas tu study serba sedikit tentang HACCP, Rancangan makanan KEMAS, MesTI and so on.
Sure korang blur gila ape kejadahnya semua itu. Hahahaha. Itu semua adalah Food safety management system. Sebab aku memang budak sains makanan kan. Itu la bidang yang berkaitan. Anddd aku interview untuk PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41. Hamek ko caps lock semua.
Ok sambung balik, aku duk study2 pastu susun sijil semua then masuk tidoq. Bukan main penat badan baq hang! Punya la malas nak bangun esok paginya tu. Subuh pon sipi nak tergelincir matahari. Gagahkan diri bangun mandi, gosok baju lepas tu berdesup pegi Putrajaya.
Lepas tu dengan bangangnya ade certain sijil yang aku tak bawak salinan photocopynya. Pandaiiiiii. Singgah UPM sat p fotocopy lepas tu teruskan perjalanan ke Putrajaya. Sampai sana nak cari parking. Lagi satu hal. Lepas cari parking cari bangunan pulak. Demmm penat siot!!!
Sampai bilik interview tepat pukul 11am. Dalam surat turn aku 11.40am. Ok lah tu. Pastu aku pun amek nombor semua pastu pegi duduk. Jumpa pulak kawan lama. Sembang itu ini. Dup dap dup dap. Pukul 1.15pm baru aku masuk bilik interview.
Panel aku Dato' Ramlee (tak ingat bin ape, maafkan saya) wakil SPA, and wakil dari Jabatan Keselamatan Makanan, Pn Fiona. Aku dah hafal dialog untuk perkenalkan diri. Sekali dia baca kuat-kuat nama alamat umur semua dari resume aku. Tak payah kenalkan diri dah. Adeh lahhhh.
Soalan pertama tanya apa jawatan sekarang. Aku jawab la Restoren Auditor Pizza Hut Resturant. Tiba-tiba dia mentioned why pronunciation pizza and spelling dia lain ye?? Ah sudahhhhhhh mana la aku nak tau. Last last aku jawab mungkin origin perkataan tu lain kot bila dah adapt dalam english. Contoh dalam english sebut temperature tapi in indonesian sebut temperatur. Nampaknya beliau tidak gembira dengan jawapan aku tu.
Pastu Dato Ramlee tanya, as QA are you happy with the restaurant quality or performance on food safety? Aku jawab NO. Pastu dia tanya kenapa and how to solve the issue. Pergh peluh2 aku menjawab. Lepas tu Pn Fiona tanya pulak pasal Sistem Kualiti Makanan. Aku pun konfiden sebut la definisi pengawalan kualiti dan keselamatan makanan.
Lepas tu dia tanya apa basic element GMP yakni Good Manufacturing Practice. TIBA-TIBA............. Sel-sel otak aku tak berhubung. Aku blank gila. Aku pergi jawab GMP punya manual. Bodoh tak??? Lepas tu aku diammmmmmmmm. Blank. Blurrrr. So Pn Fiona pun tolong aku. Dia bg contoh element GMP infrastructur, fasilities. So baru la aku sambung sikit-sikit itupon aku lupa jugak sebenarnya.
Kemudian dia sambung soalan, " Sila nyatakan bagaimana untuk implement GMP dalam pemprosesan belacan dan dimana perlu awak fokus". Okayyy Belacan ek, aku punya la cerita pum pang pum pang dari bahan mentah, supplier, proces, packaging bagai. Pastu dia tambah, pasal proces pengeringan udang yang dimana boleh attract pest sebab jemur bawah matahari. Dan jugak issue additives dalam belacan iaitu bahan pewarna sintetik. Okayyyyy jujur cakap aku memang tak pernah tahu isu pasal belacan tu. Tu laaaaa. Tak baca paper, tak tengok berita, duk bawah tempurung lagi.
Lepas tu aku macam nampak la panel macam kecewa dengan kebolehan aku menjawab soalan. Aku pun rasa kecewa gila. Lepas tu diorg dah tak da tanya ape dah. Tapi Dato' Ramlee tanya aku balik, "Awak ada apa-apa nak tanya?". Aku udah blurrr nak tanya apa ni. Aku tak tanya, tapi aku cakap ini first time aku interview SPA, ini pengalaman yang bagus. Dan aku nebes gila. Jujur tak? Dua-dua panel pakat gelakkan aku. Cessss. Pastu dato' Ramlee cakap, " We are looking for knowledgeble candidates, since awak bekerja dalam sektor swasta kiranya awak dah boleh consider knowledgeble lah". Pang sedas kenaaaaa, sebab aku memang rasa cara aku jawab soalan tadi tak menunjukkan aku ni knowledgable langsung baq hang!
So aku pun balik dengan rasa sedikit keciwa. Lepas tu terus drive pergi The Curve and makan Bulgogi Brothers sorang-sorang. Pastu jalan-jalan beli kasut. Foods and shopping always comfort me when I'm down. But balance akaun bank tak berapa nak comfort aku sangat. Hahahahaha!
OK. Dah setengah jam menaip. Rasanya dah cukup dah kot. So kepada calon-calon lain yang bakal menghadapi interview PTM C41, I wish you all the best of luck. Be confident, semoga anda semua berjaya. Aminnnnnn.
Till then, Assalamualaikummmmmm!!