Showing posts with label long time no see. Show all posts
Showing posts with label long time no see. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Long time no see. Lemme update a lil bit bout myself.

Assalamualaikum uolls...

Wow, tidak ku ingat bila kali terakhir aku menaip di blog ini. Ok tak payah ingat tengok je previous post kat bawah kan. Last update June 2013. Now December 2013. Lagi 5 hari masuk 2014. Oh my how times flies. Aku selalu berblogging dulu-dulu. Sekarang nak bukak laptop memang bercinta. Sebab kerja aku sekarang aku perlu online depan laptop setiap hari. Owh yeah pakai laptop company and if aku ada di office pakai wifi office if not pakai broadband sendiri yang selalu kena block sebab lambat bayar... Hahahaha...

So apabila pulang kerumah makanya lebih suka berbaringan di atas tilam dan online guna telefon pintar sahaja. Itupun bukak Pesbuk ama Instagram sahaja. Jauh sekali nak bukak blog. Maafkan aku blog ini dianak tirikan... Wahahaha.. Ketika ini aku sebenarnya sedang menaip report training. Yep pekerjaan baru aku ini memerlukan aku pergi training sebelum dapat bekerja dengan jayanya. Bagus bukan. Tak macam kerja dulu. Masuk je terus kena buat kerja yang perlu dipelajari dengan membuat kesilapan dahulu. Memang kite kena belajar dari kesilapan. But isn't better to do it right the first time? Iya kan.

Ok berbalik kepada training. Sebenarnya training aku habis on mid November. Hew hew hew. After more than a month baru nak buat. Nasib baik bos pergi bercuti. Hew hew hew. Tapi aku tak sempat nak habiskan the whole training. Ade interaction class konon-konon macam dalam kem motivasi tu aku tak dapat pergi sebab aku diimport untuk membantu teman sekerja di tempat lain. Tak dapat la bersama rakan se-training hingga ke akhirnya. Dah la lepas ni belum tentu boleh jumpa kerananya mereka di department berlainan. Dan aku kerjanya tak kan duduk di satu tempat je. Travel kesana-kemari, outstation. Kalo ade jodoh mungkin berjumpa. Kalo jodoh lebih kuat mungkin ke jinjang pelamin. Eh...

Lepas tuh aku terus ambil cuti selama beberap hari memandangkan aku dah bekerja ketika Deepavali itu hari and aku ada kerja ketika sabtu ahad. Maka aku lumsum kan semua dan cuti sesuka hati. Hew hew hew. Kalau dah cuti, balik ke kampung, kompem la tak pikir kerja. Aku kalo pulang ke rumah kejenya memasak, makan, makan, makan, tidoq, dan menonton cerita korea di KBSW dan One HD. Ahaaaa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPqAHfoZ7666hW3lqK9mr33MGEA-Uy3edA9Qxfh9VYTsp12r2HPhbRas_gnoCpuP0EV0-0tc9p2k0-FfZO3rbafwZHefT5-ps0VoSRO4cp52pLw1gxmQ8aDV8PxLHr6HhyphenhyphenWsnMJvJlrPQ/s1600/heirs+character+plot.jpg
Citer ni I suke uolls!!! Tengah main skang kt One HD *pic from google yeh*
Citer atas ni hah. Lee Min Ho berlakon. Sape tak nak tengok. De plak scene shirtless kat tepi pantai. Giler tak nak tengok. Hohohoho. Lepas pulang ke ibu kota, terus mula pekerjaan sendiri. Kuar pagi balik malam. Cube cakap, bila masanya nak taip report. Cuba cuba cuba??! Banyak-banyak perenggan nak cerita kenapa aku tak boleh taip report jek. Wakakakaka. Ni bukan update a lil bit. Ni a very detailed lil bit update.

Now aku stuck here, jammed tak tau nak meraban apa dalam report. Sebab most of the details segala module yang aku belaja sume ada kat umah. Sekarang menaip ikut gerak hati. Hew hew hew. Anyway, benda baru yang aku nak update is aku dah dapat kerja baru. Same field which is Quality Assurance but different organization. Organization means company yang amat besaq baq hang. Hahahaha. 

Ok jam sudah menunjukkan pukul 1. Makanya harus lah keluar mencari makan. But sekarang aku nak g bank dulu. Nak buat apa? Nanti kalau aku rasa kisah itu menarik akan ku kongsikan disini yeh...

Till then. Assalamualaikum


Tuesday, January 24, 2012

I'm Back!!!!!!

Assalamualakum!!!!

Lama gila aku tak update blog. When I say gila I really mean GILA!!!! Tengok last post aku bawah ni tarikh bile.. Bulan November kot.. Skang dah taun 2012 pon... Orang Mayan pun dah start cuak cuak kebebeh dah... Muahahahaha

Aku bukan sengaja tak update but aku...aku...aku. Slalu je bukak page sendiri tapi tiada nafsu nak klik new post... Satu sebab tak de idea.. Dua sebab tak de masa... Korang ade masa??? Bagi aku sikit....


Ye kawan-kawan. Sebagai seorang pelajar tahun akhir, sesungguhnya 24jam itu sangatlah insufficient untuk kerja-kerja serta projek serta assignment serta test dan exam yang setinggi gunung-gunung nan indah dimata tapi sakit dihati... Ayat ko macam mintak pelempang tau tak...

Kadang-kadang aku terpikir.. Aku ni blajar nak jadi doctor ke??? Loyar ke??? Belajor cam org giler, buat projek macam org sawan, padahal blajar makanan je kot...


Skang habis sudah my 2nd last semester here in UPM.. Next semester is my FINAL semester in my FINAL year.. Ya Allah cepat betul masa berlalu.. Rasa cam baru semalam masuk darjah satu… Ok tipu…

Tapi siyes… It’s amazing how time pass by without me noticing it. Ape ayat ko ni jah macam haram je. Aku cuba nak cakap masa berlalu dengan pantas.. Sesedar dah almost 4 tahun aku kat sini. Another half of this year I will be travelling in a whole new direction that is the working life. Or maybe not sebab aku ade sikit niat nak sambung master. Sikit je la niat tu. Mungkin akan tidak dipedulikkan di dikemudian hari… Hahahahaha


So, selagi tak habis 4 tahun yang diperlukan untuk aku men-grab segulung ijazah sambil pkai jubah kaler maroon, perjungan masih belum selesai la derrrr… Sekarang ni pon aku tak balik rumah walaupun cuti sem.. Menghamba-abdikan diri kepada final-year-project aka boifren terbaru aku ni. Sem lepas dok busy wat product development, tu boipren lama. Dah setel dating org baru plak…Kehkehkeh, player ek ko…

Ape lagi nak merepek, ye lah dah lame tak update kan… Huhuhuhuhu..Ok sekarang ni seperti yang anda sume tahu, aku ni giler K-pop.. Sekarang makin giler, laptop aku dh penuh dengan mende2 korea neh, dari lagu, music video, ke variety show.. Nasib baik aku dah kurang tengok drama korea sebab aku malas nak feeling2 nangis bersama. 

Aku layan variety show jek, boley gelak-gelak menghilangkan stress.. Kalo tengok drama lagi stress, woi bodoh pompuan tu suke kat ko la…..apesal ko lari terhegeh-hegeh die baru masuk lif tu tau….jahat giler pompuan ni pergi halau heroin tu…. Macam tu lah lebih kurang benakku berkata-kata ketika menonton drama korea…

Giler tak aku… Giler kan… Penah korang jumpe org giler cam aku??? Tak penah kan... Korang patut merasa bangga dan berbesar hati...*tangan didada mata keatas*

Kadang-kadang aku study sambil mendownload variety show.. Sangat multi tasking, pastu dengan selamber tak study chapter yang dah masuk test itu hari, tup tup kuar exam. Memang lepas antar kertas exam I feel like I want to kill someone,. Kalo dapat buku death note kat aku memang berderet dah nama aku tulis..


Ok mengarut sudah sampai aku terkenang kembali kenangan pahit ketika menjawab soalan peperiksaan tempoh hari..Ok out dulu… Salam