Showing posts with label miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label miscellaneous. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

Working life

Assalamualaikum

Wow, last post December 2013. Next post June 2014. Might as well aku delete blog ni. Terbiar, terbengkalai, terdampar, ter hape da ko merepek ni. 

Bila dah berumur 20++ and already working. Semua orang start new phase in their life. Which are married life, journey to motherhood etc. Aku pulak still struggling with my working life. Pdahal dah 2 tahun bekerja. masih bertatih. Dalam masa 2 tahun, dah 2 kali tukar kerja so dah ada 3 experience kerja. And not even once I'm happy with my job. Owh baru ku sedar I'm very hard to please. Siapalah yang malang jadi my life partner nanti.

My work requires me to travel A LOT. Nampak tak caps lock tu. But i will travel alone. Dah la aku ni sebelum2 ni pon anti sosial. Bila dapat job kena travel sorang2 macam sangat suit dengan diri ku ini. Tetapinya kerja ini sangatlah mencabar. Mencabar kesabaran, keimanan, ke-stamina-an (ada tak perkataan ni? If tak ada aku adakan jugak), kebijaksanaan, kebijaksinian, kebijaksituan, semua lah!!

Hence, I'm mentally and physically tired every day. So what's the point to post up entry tentang kepenatan kau setiap hari kan. So makanya aku hari ni nak post lumsum kepenatan selepas 9 bulan bekerja as Restaurant Auditor.

My work is not easy. But most people pandang rendah and tak faham, kenapa aku penat. Kenapa aku tak keluar enjoy time cuti, kenapa aku tak suka balas comment kat fb or balas whatsapp or even trying to start a whatsapp conversation. Sebab the culture yang diterapkan dalam organisasi ku ini adalah, your job is your life hence you must work in every single minutes of your life. Ini bukan metafora, hyperbola, isketambola.

I really do working every single minutes. Tapi untuk insan pemalas abadi macam aku ni. Ko pikir aku nak follow diorang punya mazhab tu? Memang tak. Sebab tu aku rasa 24jam ni tak penah cukup. Kerja sehingga tak dapat nak fikir pasal diri sendiri. 25 with no calon or plan whatsover on getting married or even plan to find someone in order to get married. 

Dah kenapa kena mentioned pasal kahwin je ni?? Is it aku kena cari seseorang to make me happy instead of  be happy dengan diri sendiri and people that surrounding me??

Owh tak mahu post benda-benda emo lagi. Ok back to the topic. Kerja aku ni, pergi kerja buat kerja, balik rumah buat kerja, cuti buat kerja, makan pikir kerja, tidur mimpi masuk store buat kerja. Giler betul pompuan ni kan. But that's the truth. Aku tak tahu macam mana manusia lain dalam department aku ni boleh kerja 7-8 tahun dekat sini. Aku 9 bulan dah nak gila. 

Aku ni bukan tak nak challenge diri aku. Tapi nak cabar pon ada batas jugak. Aku rasa macam aku ni hamba pada kerja pulak. 

Pagi2 masuk kerja, depends pada keterukkan restoren tersebut. If teruk aku selalu balik malam. Dah balik, ada observation quality checklist nak buat. Nak buat supplier checklist lagi. Nak isi product quality monitoring lagi. Nak setel KPI lagi. Ni hah terbengkalai projek KPI aku. Selalu tidor 1pm above. Esok ulang benda yang sama, kalau lain sikit pon, siap2 pergi outstation. Sampai sana, sama jugak audit restoren, type report, membebel kat manager apasal store tunggang langgang. Apsal banyak mesin rosak, apsal ada tikus. 

Every single day, without fail, I'm doing the same thing. Dari awal entry, mesti korang ingat aku nak resign and move on kan. Nope, not at all. Aku masih degil nak teruskan kerja ni walaupun parents aku tak berapa nak setuju. Mungkin sebab tu aku rasa tak happy with this job. Sebab tak dapat restu mak bapak. Tapi aku pikir hanya aku je tahu apa yang akan buat aku happy. Walaupun  hakikatnya serius aku tak tahu apa aku nak dalam hidup ni, but aku akan guna prisip 'try and error'.

At least I try kan. Sebelum aku nak buat orang lain happy, aku nak happykan diri aku dulu. Lain macam kan prinsip aku. Selalu orang akan rasa happy bila orang lain yang kita sayang happy. But aku lain sebab aku hanya ada diri aku yang boleh diharap untuk buat diri sendiri happy. Sebab aku tak rasa ada orang paham aku, apa aku nak. Orang sekeliling aku hanya assume aku akan happy kalau aku buat macam ini, macam tu. Tapi apa korang tau pasal aku? Tak tau apa kan. So shadap.

Aku bukan try to build a wall with people around me. Tapi aku dah terdidik begitu. Aku dah terdidik untuk pujuk hati aku sendiri bila sedih, tenangkn diri sendiri bila marah. Bukan aku tak pernah try to share. I try tapi at the end aku yang sakit balik. No point. Seriously no point. 

Daripada aku paksa orang faham aku. Better tak payah faham. Tak penting pun. Tak pernah penting untuk siap2 faham apa aku rasa. Sebab tu walaupun aku sangat terbeban dengan kerja ni, merungut setiap hari dengan housmate n kawan rapat (sekadar merungut n share minor things), aku tetap nak teruskan kerja ni. Sebab walaupun susah mana. Aku hanya susahkan diri sendiri. Sebab aku hanya ada diri sendiri to depends on.

Owh ter-emo pulak semasa menaip. But aku hanya ada blog ni nak luahkan. Betul tak. But please don't judge. Please. Itu je.

Till then. Assalamualaikum.   

Tuesday, December 31, 2013

Bebelan terakhir 2013


Assalamualaikum uolls


Today would be the last Tuesday in 2013. Homaiiii dah nak 2014. Time really really really flies~~~ Aku sekarang kat ofis yang sejuk, sampai aku tak dapat beza ni ofis ke walk-in chiller. For the past few days aku spend time kat ofis doin' nothing. So aku kembali ke tabiat lama suka baca blog. Pastu tu yang tetiba rindu nak update blog. Tiba-tiba banyak plak entri di bulan December ini... Kui kui kui...

Anyway, apa yang aku achieve in this 2013?? Hurmmmm... Aku pon tak tau sebab aku pon tak da la nak set azam apa bagai masa bulan January ituari. Cumanya aku tetap berharap benda yang sama. To be a better Muslim, a better daughter, a better friend. Aku pon tak tau la tercapai ke tidak objectives tersebut. Hurmmmmm.

Come to think of it, aku ni hidup macam tak da hala tuju. Tak de apa orang kata. Goal gitu. Memang, aku hidup hari-hari macam cukup-cukup untuk hidup saja. Tak lebih dari itu. Cukup sekadar aku sempat solat 5 waktu (itupun ada yang miss), makan 3 kali sehari, tidur secukupnya (selalunya tak cukup, selalu bangun pagi kepala pening gila), mandi (sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap sesi, jangan tanya aku buat apa dalam bilik air), bekerja dan main game Candy Crush. Itu sahaja. Apa yang essential, itu saja aku buat. Macam aku enjoy life ni secara basic saja. Yes aku sometimes enjoy good food and all that. But still I feel empty.

Don't know how to describe the emptiness. Hahahaha. Not only I suck at talking my heart, I also sucks at writting it. Hew hew hew. Aku selalu rasa aku lebih suka menulis dari bercakap. Contoh kalau aku tak puas hati dengan kawan aku, aku tulis SMS kat dia. Huhuhu. Kalau aku de terkasar bahasa, aku SMS gak 'Sorry weh, ko terasa ke dengan aku'. Macam tu lah lebih kurang. Dan juga kalau bersembang aku prefer whatsapp/SMS or apa2 yang bertulis. Sangatlah jarang aku bergayut melainkan aku nak bergosip macam Mak Jemah dengan teman2 rapat. Baru aku call.

Bukan apa orang tua2 penah kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kalau benda-benda bertulis sebelum send aku baca balik. Kalau agak2 ayat kuajaq, padam balik buat ayat baru. Gituh. Dan juga kalau ada orang tanya something unexpected, ada la masa sikit nak pikir sebelum jawab. Dan juga kalau by the time dah tak da idea nak cakap apa bleh la take time sikit nak pikir. Aku kalau cakap dalam fon dengan sesapa pon selalu je tetibe senyap. Giler awkward doh~~~

Tapi dalam text, selalu akan berlaku salah paham. Ye la text mane la ada intonasi, kengkadang ko cakap benda biasa pon orang salah baca boleh ingat ko memaki plak kan. Lagi satu kalau dah tersalah tulis nak cakap lain tapi tertulis lain dan tersend pulak ke orang itu, memang. Memang orang tersebut akan berdendam dengan 7 keturunan ko. Parah parah. Dapat plak orang yang kuat berdendam macam aku. Tapi aku dendam sekadar dendam je lah. Paling kuat aku tak bagi ko pinjam fon aku main Candy Crush.

Banyak jugak aku membebel kan. Aku dah blur nak taip apa. And tetiba rakan ofis yang duduk disekeliling aku dah balik dari meeting. Malulah la kalau nampak aku tulis blog. And also aku takut diorang bagitahu bos aku makan gaji buta masuk ofis tulis entry. Hahahaha.. Gile paranoid aku neh. Kelik2 aku sume baik-baik belaka. As for now. Hew hew hew

Happy New Year. Till then.
Assalamualaikum

Monday, December 30, 2013

Monday Blues Pos-Wedding Blues



Assalamualaikum,

Morning uolls. It's Monday again. Too bad huh. Tahu tak betapa malasnya aku nak bangun pagi tadi. Aku sepatutnya keluar dari rumah pukul 6.30am tapi aku bangun tidur pukul 6.30am. Nampak tak kemalasan disitu.

Anyway, sabtu lepas ade wedding kat rumah aku. Obviously bukan wedding aku. Kalau wedding aku mesti aku update persiapan segala bagai. Oleh kerana bukan wedding aku, aku pon couldn't care less. Hahaha.. Jahat gila. Actually, the wedding was kepunyaan abang aku. Yup the only bachelor siblings yang aku ada dah kahwin. That left only me the last one.


On the wedding day, aku tak involve sangat pon. Aku banyak duk dalam. Bile cam akak abang aku dh penat baru aku datang tolong. Itupun tak tolong mana la. Lagipun aku jd pengapit.

Another thing aku memang emo gila masa hari kejadian. Tak tau la kenapa. Orang cakap sikit pon aku dah terasa. Homai... Siap menangis lagi. Tambah lagi everybody kept asking, 'Oooo ni la yang bongsu ye. Bile lagi?" Aku memang benci gila bila orang tanya macam tu. Sebab apa? Just simply don't ask something that is so obvious. I'm single. So what lah kan. "Bile lagi?" Please don't ask something yang only God-knows ok. And also bila someone else get married, that doesn't mean I need to get married too kan. 

In addition, aku tak suka bila orang sekadar bertanya tanpa ada inisiatif untuk membantu. Cuba la tanya macam ni "Oooo ni yang bongsu, bile lagi? Dah ade boyfriend? Kalau takde pakcik ade anak lelaki hensem keje engineer and hensem macam artis korea." Bukankah itu lebih menyedapkan hati. Aku lebih suka diberi komen membina yang dapat mendorong aku untuk maju kehadapan. Hurmmm apekah relevennye perangai ku ini? Tak tau lah.


Aku tak boleh buang hakikat yang aku ni anak bongsu and suka bermanja. But parents aku memang tak pernah manjakan aku. That's why bila aku besar became very awkward untuk bermesra. Yes we can talk, tapi aku tak penah bercerita tentang personal life aku kat parents aku. Well, diorang pon tak pernah tanya. See the awkwardness??? Tapi tak pulak dengan abang2 and kakak2 aku. It's just that they tried so hard not to make me 'anak manja' takut aku jadi mengada-ngada sebab aku bongsu. End up aku jadi anak kurang kasih sayang, yang hanya mampu menangis seorang diri dan tak mampu memberi sepenuh kepercayaan kat orang lain sebab takut orang tak boleh terima aku. Yes myself esteem is that low. Kalau ade kawan-kawan aku yang baca blog ni. Yes, apa yang korang nampak tu bukan totally aku yang sebenarnya. There's a different side of me yang korang tak pernah nampak.

Ok aku rasa aku sudah off topics. Hahahaha. Tapi aku tak kan jumpa family yang caring macam my siblings. So I should be thankful to that. Yes, diorang tak pernah hujan-kan aku dengan kasih sayang, peluk cium, puji-pujian, timang segala bagai. But diorang la jadi tempat aku bergantung, diorang la yang risau bila aku sakit, diorg la yang risau kalau aku kena drive sorang2 malam2 buta, diorang la yang tolong bawak aku kesana-kemari masa aku takut bawak kereta dulu, diorang la tolong aku masa aku kesempitan wang. 

Sekarang aku cuba nak berdikari. It's not that aku dah tak perlukan diorang. But diorang suma dah ada tanggungjawab. So aku kena tunjuk yang aku boleh jaga diri sendiri. Aku boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tak perlu risau bila aku nak kahwin. Sementara menunggu orang yang akan jaga aku, aku boleh jaga diri aku sendiri. Just to let them know, I'm not their priority anymore even though I know I never was their priority. I'll stay strong until someone willing to make me their priority. 

Aku rasa aku patut baca buku motivasi la. Hahahaha. Down gila plak rasanya. Aku rasa ni entry paling emo aku pernah tulis. Anyway, I rasa agak lega because aku dah let go sikit perasaan yang aku pendam. Lagipun blog aku ni don't have much readers kan. Huhuhu, ade followers pun bukan yang kenal aku sapa. Hew hew hew..

Till then, Assalamualaikum.

Thursday, December 26, 2013

Long time no see. Lemme update a lil bit bout myself.

Assalamualaikum uolls...

Wow, tidak ku ingat bila kali terakhir aku menaip di blog ini. Ok tak payah ingat tengok je previous post kat bawah kan. Last update June 2013. Now December 2013. Lagi 5 hari masuk 2014. Oh my how times flies. Aku selalu berblogging dulu-dulu. Sekarang nak bukak laptop memang bercinta. Sebab kerja aku sekarang aku perlu online depan laptop setiap hari. Owh yeah pakai laptop company and if aku ada di office pakai wifi office if not pakai broadband sendiri yang selalu kena block sebab lambat bayar... Hahahaha...

So apabila pulang kerumah makanya lebih suka berbaringan di atas tilam dan online guna telefon pintar sahaja. Itupun bukak Pesbuk ama Instagram sahaja. Jauh sekali nak bukak blog. Maafkan aku blog ini dianak tirikan... Wahahaha.. Ketika ini aku sebenarnya sedang menaip report training. Yep pekerjaan baru aku ini memerlukan aku pergi training sebelum dapat bekerja dengan jayanya. Bagus bukan. Tak macam kerja dulu. Masuk je terus kena buat kerja yang perlu dipelajari dengan membuat kesilapan dahulu. Memang kite kena belajar dari kesilapan. But isn't better to do it right the first time? Iya kan.

Ok berbalik kepada training. Sebenarnya training aku habis on mid November. Hew hew hew. After more than a month baru nak buat. Nasib baik bos pergi bercuti. Hew hew hew. Tapi aku tak sempat nak habiskan the whole training. Ade interaction class konon-konon macam dalam kem motivasi tu aku tak dapat pergi sebab aku diimport untuk membantu teman sekerja di tempat lain. Tak dapat la bersama rakan se-training hingga ke akhirnya. Dah la lepas ni belum tentu boleh jumpa kerananya mereka di department berlainan. Dan aku kerjanya tak kan duduk di satu tempat je. Travel kesana-kemari, outstation. Kalo ade jodoh mungkin berjumpa. Kalo jodoh lebih kuat mungkin ke jinjang pelamin. Eh...

Lepas tuh aku terus ambil cuti selama beberap hari memandangkan aku dah bekerja ketika Deepavali itu hari and aku ada kerja ketika sabtu ahad. Maka aku lumsum kan semua dan cuti sesuka hati. Hew hew hew. Kalau dah cuti, balik ke kampung, kompem la tak pikir kerja. Aku kalo pulang ke rumah kejenya memasak, makan, makan, makan, tidoq, dan menonton cerita korea di KBSW dan One HD. Ahaaaa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPqAHfoZ7666hW3lqK9mr33MGEA-Uy3edA9Qxfh9VYTsp12r2HPhbRas_gnoCpuP0EV0-0tc9p2k0-FfZO3rbafwZHefT5-ps0VoSRO4cp52pLw1gxmQ8aDV8PxLHr6HhyphenhyphenWsnMJvJlrPQ/s1600/heirs+character+plot.jpg
Citer ni I suke uolls!!! Tengah main skang kt One HD *pic from google yeh*
Citer atas ni hah. Lee Min Ho berlakon. Sape tak nak tengok. De plak scene shirtless kat tepi pantai. Giler tak nak tengok. Hohohoho. Lepas pulang ke ibu kota, terus mula pekerjaan sendiri. Kuar pagi balik malam. Cube cakap, bila masanya nak taip report. Cuba cuba cuba??! Banyak-banyak perenggan nak cerita kenapa aku tak boleh taip report jek. Wakakakaka. Ni bukan update a lil bit. Ni a very detailed lil bit update.

Now aku stuck here, jammed tak tau nak meraban apa dalam report. Sebab most of the details segala module yang aku belaja sume ada kat umah. Sekarang menaip ikut gerak hati. Hew hew hew. Anyway, benda baru yang aku nak update is aku dah dapat kerja baru. Same field which is Quality Assurance but different organization. Organization means company yang amat besaq baq hang. Hahahaha. 

Ok jam sudah menunjukkan pukul 1. Makanya harus lah keluar mencari makan. But sekarang aku nak g bank dulu. Nak buat apa? Nanti kalau aku rasa kisah itu menarik akan ku kongsikan disini yeh...

Till then. Assalamualaikum


Wednesday, July 27, 2011

memori bau-bauan

Aku tak tau la aku ni gifted ke hape... Tapi aku boleh mengingati sesuatu perkara melalui bau.. Macam bau yang aku selalu bau kat skolah... Kalau aku datang balik ke sekolah, dengan tak semena-mena aku macam boleh flashback banyak memori dekat sekolah.. Padahal hari lain-lain tak de pun nak teringat... Aku boleh ingat lagi bau pefume cikgu aku mase darjah satu.. Bile terbau bau tu aku trus teringat Cikgu Salbiah... Cikgu aku masa darjah satu yang garang nak mampus...

Aku ni jenis pe'el suka tukar-tukar perfume.. Jarang aku stick pada satu brand perfume saje.. Dah abes sebotol, cekau lagi sebotol bau lain.. So kalo ape-ape jadi dalam jangka masa aku tengah menggunakan sesuatu perfume tu, bila aku bau perfume tu balik mesti macam teringat-ingat balik peristiwa yang jadi ketika itu...

Lebih-lebih lagi kalau bad memories, kalau aku terbau balik perfume yang aku pakai ketika menghadapi bad memories tersebut, tetibe datang balik rasa sakit hati sama macam mana aku rasa dulu.. Pelik tak????

Ni pun aku tengah kemas-kemas barang-barang lama aku yang bersepah macam kapal selam kena bom.. Skali jumpe botol-botol perfume lama yang tinggal sisa-sisa jek.. Dulu aku sayang nak buang.. Lagipun aku bangsa kalau dapat perfume baru mesti yang lama tak abes pkai.. Sebab tu aku sekarang tunggu perfume tinggal saki baki dekat botol, baru pikir nak beli baru...

Skang ni aku tengah proses membuang semua saki baki perfume lama... Barang yang lepas jangan dikenang ye dak... So aku harap dengan perfume yang aku pkai sekarang iaitu Ralph Lauren, aku dapat bina memori yang seindah mungkin supaya bila aku bau perfume ni lagi aku ingat yang seronok-seronok jek...

Auwww auwww auwwww gediks sungguh kehendak kau..hik3...


p/s: perfume ni aku beli masa tengah makan kat food court mid valley.. Ade sorang brader datang jual.. Lepas setel sesi jual beli die mengucapkan selamat tinggal pastu tepuk bahu aku... Kalau abang membaca entri saya ini, abang nak tepuk-tepuk masuk meminang dulu boleh tak?????

Saturday, July 16, 2011

malang itu tidak berbau perfume ralph lauren berharga rm60 sebotol...

Salam...
Repot dah setel. Aku dengan hidung yang kembang kempis menahan riak menyerahkan repot haku yang setebal kamus dewan edisi ke-15 itu kepada akak yang duduk kat kaunter jabatan fakulti aku. 'Here u go b***h'. Aku cakap.*tipu*

Lepas hantar, aku dan teman-teman terus berambus secepat mungkin tanpa pandang kiri kanan. Sampai nak melintas pun main redah. Cam ayam kawan-kawan aku neh. 


Pegi melantak kat restoran kelolaan fakulti. Pastu g antar kereta kat tempat keje ayah dia yang sesak sebab dekat dengan masjid, pastu terus pergi memboroskan diri kat Jln TAR. 

Nak beli baju raya konon. Padahal dari satu kedai membawak ke kedai beskal, haram satu baju pun ai tak berkenan. Hencik tau dah penat-penat berjalan cari baju tapi cam tak de mood nak shopping.


Pastu member aku plak dicopet. Nak bayar, sesedar purse dah menghilangkan diri. Hamagad!!!! Ape lagi, cuak dah sesekor. Haku pun bagi cadangan g repot polis. Cadangan la sangat kau nyah.. Memang kalo dah hilang dompet kena repot polis. Tak kan repot kat tok mudim pulak.

Patut la aku dari pagi tak de mood nak shopping. Nak berlaku kecelakaan ropenye.. Pastu diorg g repot polis, aku g solat. Lepas solat baru dapat beli baju. Baru dapat hidayah nak pilih baju mana barangkali. 

Baju raya kaler purple lagi tahun neh. Beli dua pasang pun sepesen je rope. Baju tanah putih/krim pastu ade la kaler sket tompok-tompok. Dah de dua tiga pasang baju aku cenggini. Ni la akibatnya kalau kuasa membeli baju raya diberi kat aku. Syabas~~~~ Mak baju kawin t mak pilih eh...

mak, nak pakai baju camni leh?????
Bila member aku balik, aku pun mula menemuramah beliau tentang aktiviti merepot polisnya. Dia cakap dia call bank nak mintak blok kad atm dia. Skali memang dah diblok sebab salah no pin. Hamlau punya penyamun, tak cukup ke cash dia kat dalam purse tu sampai nak g cucuk duit plak. Macam harta ko plak sesedap nak cucuk-cucuk. Cucuk idong kang baru tau.

Tapi member haku pun cuai, dia tak perasan dia tak tutup zip beg. Tersengih gitu jek beg beliau. Pastu selamba bersiar-siar kat jln TAR.. Lepas beberapa belas kedai kitorg rompak masuk, nak bayar baru perasan beg terbukak tanpa purse berada di dalam.. 

Think positive la ye yang. Biar ar, rezeki pencopet tu. Tak dapat ko beli kasut smalam kan. Tak pe, pasni kalau jumpe pencopet tu suh dia dibelikan kasut kat ko. 

Sebenarnya aku ngan kawan aku neh lebih kurang je perangai cuainye. Pagi tadi aku dok seronok-seronok g beli coklat, pastu singgah farmasi beli ubat jerawat bagai, masuk kete perasan zip purse aku terbukak. Skali aku cek duit aku cam short 50hengget. Aku tak sure aku dah pakai or tercicir.

Naluri kebinatangan perempuan kuat shopping aku rasa macam aku tak pakai duit tu. Pastu satu hal aku mengagau kat tempat-tempat yang aku singgah semat-mata nak cari duit 50hengget. 

Seperti nasihat aku kepada kawan aku tadi, think positive. Kalau betul duit ku tercicir, aku harap ade pengemis yang kutip. Amek duit tu buat makan, beli baju baru ke. Jangan g langgan cikaro plak!!! Aku haramkan duit aku dibuat cenggitu!!!

Pasal ubat jerawat tadi, ni ubat jerawat yang ke-5 aku cuba. Nanti kalau muka aku dah licin cam pelakon korea aku promote kat anda semua...

Dah tu je nak update. Boleh klik pangkah sekarang...Anyoung~~~~

Wednesday, May 25, 2011

entri tak boley pakai...

haku penat....
tapi rasa cam nak update....

so aku update yang aku penat je la...
k bye~~~~

Sunday, May 8, 2011

ape dah jadi dengan aku ni?????

Selamat hari ahad...

Aku lemau hari ini. Tiba-tiba aku terpikir. Ape dah jadi dengan aku ni??

Aku dah kurang minat dengan artis korea...

Aku jarang update blog, buat status kat fb or twitter...

Aku dah jarang tengok cerita korea kat KBSW...

Aku online buat ape ye???

Aku tukar pencuci muka..(pelik ke????)

Aku selalu bangun lambat time nak g keje..(again pelik ke??)

Aku rasa nak penyepak kapel-kapel kat tepi jalan yang dok meraba buat tak senonoh...(oh ini biasa)

Aku blur ketika bekerja (ini biasa juga) 

Muka aku ade pesta jerawat..(ini pun normal)

Plus ade mengelupas sikit..(bersalin kulit kot, aku ni orang ke ular???)

Selera makan aku kejap best kejap tak best (ngader, nak makan steambot lagi la tu..)

Aku tido sepanjang hari ni...(ini pun biasa)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok aku rasa aku tak apa-apa...Crazy Emoticons

Sunday, April 24, 2011

hujan,hujan,hujan owhhhhhh like hujan,hujan,hujan noooo~~~~

Assalamualaikum all readers...

Don't know why but aku rasa macam nak menulis hari ni. Setelah sekian lama tak update blog. Tiba-tiba rasa macam nak menulis. Menulis apa??? Itu kita kena pikir dulu. 


Ketika aku sedang menulis entri ini, diluar sedang hujan lebat sepoi-sepoi bahasa urdhu. Ye, sekarang ni cuaca seperti memahami aku yang sedang lemau di hadapan laptop di dalam bilik bujang di rumah abangku ini. Lemau apasal??? Sebab aku nak lemau la. Baru masuk dengan cuaca sekarang. Huhuhuhu...

To tell y'all the truth.. Aku memang suka sangat bila hujan. Al-maklumlah, Malaysia ni kan panas, berpeluh ketiak melalui hari-hari yang 'hot' macam Megan Fox. So bila sekali-sekala hujan apa salahnya ye dak?? Baru ar boley nyorok-nyorok bawah selimut ala-ala dalam cerita Korea sedas dua. Pastu dalam sejuk-sejuk ngengader pasang kipas speed 5. Bajet pastu boley hembus nafas kuar asap-asap la. Kekekeke...

ok sweet...
Itu dulu, sekarang kalau hujan aku still tarik selimut but lepas tu terus kroh kroh tido. 'Kroh kroh' tu cuma metafora yang menunjukkan aku tidur dengan lena ok. Aku tidur tak mengeluarkan bunyi. Agaknya lah.. Aku tengah tidur mane aku tau ade keluar bunyi ke ape ye tak. Yang penting, hujan yang sepoi-sepoi bahasa korea meng'induce' nikmat tidur lena sama seperti baby yang tidur dengan memakai lampin Mummy Poko.

Lagi satu hujan yang aku suka ialah Hujan band. Aku pernah ceritakan di sini. Ye aku tau korang tak tahu yang aku suka Hujan sebab korang tak follow blog picisan aku neh *emo*. Tapi kalau korang tahu pun buat apa kan?? Bukan masuk periksa mahupun test JPJ pun.. So let it be. Aku sangat suka lagu Hujan yang satu ni. Lagu agak lama. But still humming to this song tatkala aku mendengarnya. Tajuknya 'Hiba'. Kalau nak dengar sila lah search and download sendiri. Aku malas nak embed kat sini. Cuba la jadi readers yang rajin sikit. Tak kan semua nak suap seketul-seketul.

Ok the truth is aku tak reti, I mean tak berapa pandai nak embed-embed mp3 kat sini macam blogger lain buat. Kalau guna youtube tu aku retilah jugak. Ye aku mengaku aku seorang blogger yang agak buta IT. Tengok sendiri lah page aku neh. Sekali pandang dah tau budak ni tiada kretiviti yang tinggi. Ok cukup mengutuk diri sendiri. *mode=down*

Berbalik kepada Hujan tadi, aku memang sangat suka lagu itu. Pada aku, lagu-lagu Hujan liriknya puitis tapi tak sampai tahap jiwang meleleh lentok mintak flying kick. Emosi and feeling cukup-cukup and just nice. Boley layan tapi tak sampai naik menyampah. Dicampur dengan suara Nuh yang agak kasar-kasar tapi still sedap didengar... It's just perfect. 4 thumb up to them!!! (campur jari kaki sekali) Oklah.. Aku cari kat youtube.. Nah amek kau!!!


But now aku sangat suka dengan comeback Panic! At the Disco. Seriously diorang telah kembali with a BANG!!! During album Pretty Odd aku macam not really into it because music diorang macam agak mainstream and pada aku agak tak menunjukkan music sebenar Panic! At the Disco yang pernah aku layan sebelum neh. But now dengan The Ballad of Mona Lisa. Aku dapat rasa yang diorang dah jumpa jalan pulang. Bravo guys!!! Diorang ni membuatkan aku lupa kepada K-pop sekejap. Bravo again!!!


Ok paragraph di atas ini sangat lari jauh dari tajuk sebenar. Berbalik kepada hujan, ada juga kategori hujan yang aku tak suka that is asal-aku-basuh-kain-je-hujan-turun-tanpa-rasa-bersalah-type of hujan. Sangat rasa annoying bila aku dah setel basuh kain and tengah rendam guna softener Daia berperisa peach bagi wangi-wangi. Dan-dan hujan turun tanpa segan silu. Time tu memang rasa macam nak tarik selimut and tidur sampai minggu depan.*annoyed*

Sebenarnya, sekarang ketika aku menulis ayat ni, internet aku ditutup sebab guruh dengan kilat main sahut meyahut. So untuk mengelakkan modem kena sambar petir, terpaksalah ditutup. So by the time aku publish post neh, maybe hujan dah berhenti and, bukanlah lagi masa yang sesuai untuk bermain-main bawah selimut sambil dengar lagu Hujan. 

p/s: Nikmatnya kalau makan biskut kering cicah air teh panas dalam hujan-hujan camni.. But.. Tidur lagi best. So let's do that.. Hahahha..

Saturday, March 5, 2011

kenapa blog????

Assalamualaikummmm...

Today aku rasa gembira sebab dapat ber-isteri-rehat di rumah.. Tanpa memikirkan masa depan aku hanyut di depan laptop... Oh yeah...

Aku nak tanya sikit... Kenapa korang semua berblogging in the first place?? What is so special about writing a blog??? Jujur cakap aku buat blog just to be in trend... Hell yeah aku tulis blog sebab aku nak menulis cam orang lain but tak sedar dengan kemampuan sendiri yang tak seberapa.. Aku pikir orang lain boley buat so aku pon boley ape... 

Aku tau tak ramai yang baca blog aku.. Well bukan seronok sangat pon.. Hahahahaha.. Aku perasan kat widget trafik aku, Indonesian selalu singgah kat sini.. Mostly, diorang google gambar SNSD then blog aku adalah antara top 10 result yang tersenarai.... Walaupun diorang tak baca ape yang aku tulis but diorang dapat what they looking for!!! Hell yeah aku suka!!! 

Ok jujur cakap aku tak de idea nak buat entri.. Hahahaha.. Damn!!! Mungkin lepas neh aku akan buat entri bergambar... Well sekarang neh aku suka google interesting pictures... Sekarang ni the most visited page aku bukanlah FB and blogger.com lagi.. But Google images... Oh yeah banyak duit aku kasik kat Eric Schmidt... 


p/s: Maybe I should open a Tumbler instead...ehehehe..

Tuesday, March 1, 2011

a mangkuk of tomyam....

Assalamualaikummmmm!!!!

Sile jawab salam aku dengan 4 tanda seru seperti di atas juga ye.. Huhuhuh... Dari tajuk entri sudah terserlah yang haku sebenarnya tak de idea nak hupdate... Huahuahuahua..

Aku tak tau adakah itu sesuatu yang patut dibangangkan dibanggakan sehingga aku gelak sebegitu... So sebab tak de benda nak cerita.. Aku buat-buat cerita ok.. Bukan lah dibuat-buat but the truth sebenarnya.. Hah!!! Ok cukup.. Tak perlu kata apa-apa.... Aku akan terus bercerita... 

Dinner aku sekejap tadi is a pinggan of nasik putih with a sprinlke of ikan bilis goreng and a mangkuk of TOMYAM... Kenape aku capitalkan tomyam??? It's easy... Sebab aku suka TOMYAM... Rasa cam simple giler makanan but aku makan dengan penuh nikmat sambil layan citer korea kat KBSW...


Itu habit yang aku tak ley ubah biler aku makan sorang-sorang.. That is makan sambil menonton... Lepas tu rasa tak puas hati sebab aku miss babak yang best lagi hebat sebab tekun asingkan serai dalam tomyam... 

Sejak dari sem lepas tak salah aku. Aku start makan sorang-sorang dalam bilik aku kt hostel.. Sebelum ni selalu makan ngan member.. Tapi kadang-kadang aku suka luangkan masa seorang diri.. Now jadi habit pulak luangkan masa seorang diri.. Anytime, anywhere... Everytime actually. Just me, muself and my laptop...  

Aku rasa cam resah gelisah and tak best kalau tak ade cerita terpampang di skrin laptop aku ketika makan... Rasa cam tak complete nafsu makan aku.. Cam haram je perasaan ini... Wakakaka Waka waka ehh ehhh... Macam la kalau aku bukak cerita kat laptop, nasik goreng ikan masin aku akan bertukar menjadi nasik goreng caviar with truffles... Like that's going to happen... Hahaha..

Tapi aku bersyukur dengan apa saja yang tergolek di dalam pinggan aku setiap kali aku makan.. Itu kan rezeki... It's better having a nasik goreng ikan masin yang masin tahap tertumpah sejuta gelen air laut than debu-debu kering yang belum tentu suci untuk dimakan... 

Dulu masa aku kecik-kecik, aku selalu complain makanan tak cukup kat umah.. Well family aku ramai... Abang aku suka habiskan makanan... Aku selalu dpat makan sikit so aku bengkek lah.. Then akak aku cakap 'Wei bersyukur la dapat makan, orang kat Somalia yang kebuluran tu nak nampak makanan pun susah tau... Dapat makan sikit pon nak complain... Dapat makan bazir-bazir plak...' Ok aku sentap sikit lepas tuh...


Korang pernah tak terpikir, kalau la kiter ni berada di tempat mereka yang kebuluran di sana.. Sure kiter tak bazir-bazir makanan.. Sure kiter bersyukur dengan apa yang ada walaupun cuma sesuap nasik.. Cuba pikir, mereka yang kebuluran tuh, dalam mencarik sesuap makanan (diorang tak makan nasik), diorang bukan takat nak pikir kat mane nak carik makanan tuk hari neh... Tapi semalam punya makanan pun tak dapat lagi... So how??? Kite yang hari-hari dapat makan mewah-mewah segala chicken chop, lamb chop, chopstick bagai..  Makan sampai obesiti... Tak pernah nak puas dengan apa yang ada...

Aku ade baca satu entri kat blog brader Obe... Pasal rakyat Zimbabwe.. Negara di mana mata wang nye sangat rendah, sratus ribu hanya dapat beli telur beberapa bijik.. Sampaikan rakyat resolve to sistem bater untuk mendapatkan bantuan perubatan di hospital sebab wang sudah tidak bernilai lagi... Homaiiigggooooddd!! Aku rasa bersyukur gila aku tidak duduk memegang kerakyatan disana...


Apa yang ingin aku sampaikan disini sebenarnya.... Errr.. Errr... Hah!!! Bersyukur dengan apa yang ada... Jangan mintak lebih-lebih... Dapat lebih kang lupe diri plak... Adoi.. Dari tak de idea terus melalut smpai Zimbabwe... Jauh kau.. Ok semua balik Malaysia sekarang... Aku nak lipat kain.. Babai.... 

Sunday, February 27, 2011

sandiwara hari ahad...

Salam readers yang dikasih, disayangi, dirindui, ditimang-tiang, di.. di....... sambung sendiri lah yek...

Aku baru habis berblogwalking.. And aku ade follow this one blog... Dah lame aku follow.. Macam mane aku boley follow aku pon tak sure... Sesedar dah de dalam blog list aku.. Homaigod!!! Ade orang hack account aku ker???? Perasan lu nyah.. Tak de orang mahupun cipan yang kepingin nak hack ko... Makan cekelat hacks lagi bagos... Kuakuakua...


See see see.. Kalo korang perasan, kalau la.. Kalu tak perasan tak pe... Aku jenis suke kutuk diri sendiri... Like making fool out of myself... But dalam blog je la... Kalo dalam real life aku mengutuk diri sendiri just to be funny.. Oh yeah aku patut masuk Raja Lawak sekarang... And kutuk orang sekadar mengusik.. Well, I kan mesra alam.. Memang suka mengusik anak dara orang lalu lalang tepi longkang...

Dalam blog aku kutuk ape-ape perkara yang aku rase cam tak patut dibuat oleh manusia yang normal lagi waras... Bukan kutuk actually, more to menyuarakan pendapat dengan bahasa yang agak kasar... Lebih kepada memberi kesdaran sivik kepada sesama manusia... Heh.. Lagi mau pusing... Ok aku mengaku aku mengutuk...

But after aku meneliti isi-isi dalam blog yang aku mention awal tadi... Hurm... Aku terpikir sejenak.. Apasal dia tulis macam neh... Kenapa??? Por que??? Por que mi amor??? Que pasa???


Kenapa dia tulis ayat-ayat yang agak memedaskan telinga... And ape yang dia tulis tu seems like dia pun buat jugak.. Well, not all.. But ade point dia tu macam boley tujukan pada diri die sendiri jugak... She said dia tak suka baca pasal entri yang tulis pasal bf and gf but dia pun ada tulis jugak.. Also tak suka baca about other people punya life but dia pun panjang berjela cerita pasal diri dia and tempek gambar sendiri...

Tapi, lantak dia lah kan... Tu blog dia.. Suka hati dialah nak tulis ape betul tak??? Tak suka apa yang dia tulis, so jangan lah baca... But at least dia ade over 2000 followers.. Aku neh.. 20 pon tak sampai.. Hahahaha... Lagipun dia ade mention yang dia memang jenis jujur and cakap lepas.. So if that the way she is, so be it...

Tak perlu ada orang cakap blog ko bagus untuk ko rasa bagus... Tak perlu ada ramai followers because maybe ramai silent reders yang baca blog kau.. Tak perlu orang puji ko cantik untuk rasa cantik.. Tak perlu pakai seksi-seksi untuk mengoda lelaki sebab yang di dalam iaitu hati yang baik lebih penting... Betul tak??? All and all kita cume percaya pada diri sendiri and have faith in The Almighty Allah for creating us the way we are... PEACE (^_^)V

Wednesday, February 16, 2011

tudung : fashionista or fashion disaster????

Salam Maulidur Rasul...

Ketika aku mula menulis entri ini, masih lagi 15hb Feb... Tapi tak tau biler aku akan habis typing and publish this piece.. Mungkin esok, lusa mahupun tahun depan... So biarlah aku mulakan entri ini with Maulidur Rasul punya feel ok bro... 

Sempena Maulidur Rasul neh, so entri pun nak yang a bit berunsur Islamic and muhasabah diri... If you talk about dosa pahala, memang selalu dikaitkan dengan perempuan.. Sikit-sikit perempuan.. But perempuan ni tinggi martabatnya dalam Islam... Yeahhhh it's so great to be a woman.. I'm proud to be one...

Tapi kalau korang tengok la diluar sana... Ramai perempuan yang seperti tiada maruah and martabat diri.. Perangai tak seperti yang patut dibangga dalam Islam... Macam mana orang nak hormat perempuan?? Macam mana??? You tell me macam mana???


Trend sekarang, tudung lilit or shawl... Sungguh meriah dengan warna terang bak spotlight, berjurai-jurai bak pokok krismas dan kemas terlilit persis hantu pocong... Aku tak mahu letak gambar contoh.. Kang kontroversi plak.. Hahaha. Macam ramai je datang blog aku.. Perasan la bai~~~~

Jujur cakap, aku tak berapa berkenan sebenarnya dengan fesyen shawl-shawl neh bila pemakaiannya terlalu melampau... Ok aku mengaku aku pun pakai shawl jugak... Aku pakai shawl because, once shawl itu dililit ianya nampak lebih kemas and actually lebih senang untuk dilabuhkan and menutup ape yang patut... Sangkut-sangkut and bling-bling sana sini is not necessary la... And aku tak suka pakai color yang terang-terang.. Mostly tudung and shawl aku color hitam, biru or coklat gelap... Orang tak sakit mata and aku tak sakit mata tengok diri sendiri... Ade jugak color striking but aku stop pakai bila aku sedar yang that color is sooo damnnn strikingggg!!!!

But pemakaian seperti yang telah aku highlight kat atas is more than a fashion disaster than fashionista... Haven't you heard.. Less is more.. Islam menyuruh kita bersederhana.. Simply simple... Bukan simply Siti ek... Lain dah tu...
Apa motif pakai tudung sebenarnya??? Untuk tutup aurat kan??? So, kenapa perlu dililit sampai jadi singkat dan mempertontonkan aset yang berada di depan tu??? Kenapa perlu pilih shawl yang jarang sampai nampak kurap kat telinga kau tu????

Yes, you want to be fashionable... Sesiapa yang tak mengikut fesyen trend is a loser nowadays.. BoooHoooo... Call me a loser or what but the real intention of wearing those colorful cloth on your head must not be forgotten... You wear it on your head, so use your head to figure why and how you suppose to put it on...

Then pikir sejenak, which one more important.. Hukum Allah or fashion???? Use that packed tube-like thingy inside your head to answer my question... 

To top up dengan fesyen shawl yang menyakitkan mata ini adalah style baju macam tersalah saiz or terpakai baju adik berusia 12 bulan dengan tak sengaja.. Memang la tersembul segala sparetyre, sparepart, kunci spare serta spare... Errrr spare ape-ape jelah... 

Tubuh badan wanita memang cantik.. Sebab itu perlu ditutup daripada pandangan mata lelaki yang bukan muhrim... Memang sume ditutup but kalau ketat sampai nampak all that stuff, orang boleh imagine sendiri what's underneath that baju... Then men will like have their own imagination and so on and I left that to YOUR imagination.. A dosa for him to think of that plus a dosa for us to for making him think like that... For example, luahan perasaan from this guy...

If all has shown, what's left for your husband???? You know you actually dapat pahala for looking pretty and sexy for your husband ok.. Kalau tunjuk kat semua orang yang lalu sebelah kau??? Dosa je yang dapat.. So which one do you prefer???

And lastly, this lilit fesyen makes me beratur nak pakai tudung dalam toilet ok... Dekat surau at one of the mall in KL tak de cermin so sume perempuan bergegas ke toilet berdekatan untuk pakai tudung mereka... Tak tau where the hell that cermin go... Penuh toilet dengan perempuan-perempuan bermake-up and buat stunt lilit-lilit shawl .. I'm amazed...

But ada yang tak perihatin and buat macam cemin tu bapak dia yang beli... Orang lain pun nak guna cermin  jugak kak.. Orang lain pun nak pakai blusher, eye shadow and lilit tudung macam kau jugak... So consider sikit ok next time darling..

I know woman's urge to be pretty, but actually the beauty that matters is the beauty in the inside and the beauty of being a true muslim.. Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menuup aurat.. Dia tau segalanya sebab Dia yang menciptakan kita... Dia yang paling memahami kita hamba-Nya... Dan kita perlu kembali kepada-Nya walau apa jua yang terjadi...

Maka taatilah perintah-Nya, kerana segala perintah-Nya adalah untuk kepentingan dan manfaat kita sendiri sebagai hamba yang tak sempurna lagi selalu membuat kesilapan... Actually, this goes for me too... I'm not that good of a dresser also... Sometimes did wear something stupid and menyakitkan mata... But I know I did wrong and try to be a better person..

You see, this is what's good about blogging.. You can write anything, any problems, any issue... Because it will make you open your eyes, to see the truth, without even you trying to find it... Just a simple entry, will make you think of a thousand things.. Aku tau blog aku ni not up to that level yet.. But I try to be one... Ok off topic here.. 

Anyway, hope nobody got hurt by reading this entry.. If you do, then you must be the one who did all the stuff above.. hahaha...Good bye for now.. 

Assalamualaikuuuum!!!!

Monday, December 13, 2010

membebel lagi....

Assalamualaikum to all of you..

Hari neh aku tak mau emo-emo.. Macam entri yang lepas... Hehehe... Ok for the past few days aku dok berpikir nape aku tak ramai follower n tak ramai orang mahupon binatang yang singgah-minggah di blok aku neh... Jawapan ade depan mata la bro... Jujur cakap aku mengaku blog aku punya appearance yang memang hambar giler.  Orang giler pon tak hambar cam ko okey (lebih baik kutuk diri sendiri drpd org lain kutuk aku...ha3). Sebenarnya, aku nie tak reti ar nak wat page yang kelip sana, kelip sini, bling-bling sana, bling-bling sinun... Bab-bab neh aku buta sikit. Paling hebat pon aku letak lagu.. Hahaha... Forgive me for having such a pathetic page okaayy!!

Then another thing is aku tak pernah letak something yang berbaur perihal diri aku pon.. Jangankan entri, kat about me punye section pon tak dak tulis psl aku... Mengapakah??? Sebab nye amatlah simple my friend.. I want people to read this blog because of the article, not because of the person writing it or the lovely,bright, full with sparkles page where it is written. At least itu yang aku pikir mase aku first buat ini belog.. But easy said than done. Sekarang nak menyesal pon tak gune brader.. Hahaha.. Aku tak menyesal, tapi agak terbeban dengan kemampuan diri sendiri tuk menghasilkan entri yang bagus lagi berkualiti. 
Anyway, aku akan berusaha sebaik mungkin menghasilkan entri yang mampu membuatkn anda berfikir and bukan sekadar membaca kosong sahaja. And of coz aku akan try cerita serba sedikit pasal diri aku memandangkn that's what most blogger write in their blog right?? Tapi tak dak la aku cerita detail sampai tulis ari ni aku pakai spender kaler ape or semalam aku potong kuku kaki... Tak sampai macam tu la.. Aku tak perlu citer sume bende tu and aku pasti korang sume pon tak mau baca cerita-cerita sebegitu... Betul tak kawan-kawan???!!!

Lastly, hurmmm, ok aku sebenarnya dah tatau nak cakap ape... Hahaha... 
So just enjoy my writing ok... 

Wednesday, December 8, 2010

mari mendownload citer korea

Salam semua...

Hari ini aku nak berkongsi ilmu yang tak berfaedah dengan korang sume. Ilmu yang tak berfaedah yakni ilmu yang memang tak kan berguna biler korang masuk university ataupun kerja kat kilang plastik. Ha3... Ilmu yang aku maksudkan ialah ilmu mendownload citer korea..haaa~~~~

Sebelum neh aku pernah cakap yang aku tengah gigih mendownload satu citer neh...Ye memang korang tak tau sebab korang tak follow blog aku..(T.T)

Citer tu tengah tayang kat KBSW skang n dah episod akhir dah pon tapi aku tak follow dari awal so aku rase tak puas hati lalu dengan semangat yang kentang kental mencari2 di internet kat mane nak download citer tuh. Asyik mengemis citer dari member2 aku tak bez pulak rasanye... 


Sungkyunkwan scandal
Aku tengah berhempas pulas download citer neh skang... HD punye tau.. Jangan mein2.. Kalo nak download amek kat sini or sini ye. Diorang ni cume free-fansubbers so silahlah bagi kata2 penghargaan kepada mereka sebelum, semasa or selepas mendownload.

Oh! My lady...
Cerita nie sedang ditayang kat 8TV tapi dah dub dengan suara mandarin n aku tak berapa suke. Aku nak dengar suara abang Siwon sendiri..hahaha.. Member aku ade citer neh tapi aku rase cam nak download sendiri lah..hu2.. Boley download di sini ye...

My girlfriend is a nine-tailed fox
Cerita ni khabarnya seronok tapi aku tak tengok lagi... Dah ade dalam koleksi hasil pengemisan aku dengan member2.. hahaha... Kalo berminat nak tengok lakonan Lee Seung Ki yang comel berpipi tembam neh silelah download di sinun ye...

Marry me, mary!!!

Sekarang neh aku tengah menunggu kemunculan cerita ni kat KBSW.. Tapi sebenarnya cerita neh dah tunjuk sampai episode 8 dah kat korea.. Lambat sikit sampai kat kiter...Hu2... Tapi dah boley download dah episode2 tersebut.. Sila check this out. 

playful kiss
Cerita ni sebenarnya dari dulu lagi aku nak carik.. Baru jumpe yang gamber HD punye with softsub..hahaha..Suke suke suke!!! Aku akan berusaha download cerita ni pulak selepas habis download SKK Scandal.. Hu2.. Aku nak download kt sini. Kat link neh susah sikit nak mendownload sebab cam complicated pe die tulis. So baca betul2 dulu ape arahan die baru download n then kasik penghargaan sikit dengan mengucapkan kamsahamnida!!!

Itu saja cerita2 yang aku rasa cam bez.. Dulu aku tak layan sangat cerite korea.. Aku suke cerite jepun.. Tetibe sekarang neh cam banyak pulak cerite korea bez2 n episode pon tak panjang sangat. Kalo panjang2 sangat malas pulak nak tengok. Tambahan pula semakin ramai pelakon2 yang ganteng2 mewarnai industri pendramaan mereka...hahaha.. Lagi seronok tengok...kekeke...

Akhir kata dari aku, selamat mendownload n siap2 bli DVD kosong or external hardisk before start mendownload ok!!! 

p/s: I do not own all of the pics n the links. The pic are all from google n all the links are from AliceChen's WorldHaru2subS, and GOE_SS. Please support them. Banyak lagi project yang diorang buat. Boley chekedout ok!!!