Tuesday, December 31, 2013

Bebelan terakhir 2013


Assalamualaikum uolls


Today would be the last Tuesday in 2013. Homaiiii dah nak 2014. Time really really really flies~~~ Aku sekarang kat ofis yang sejuk, sampai aku tak dapat beza ni ofis ke walk-in chiller. For the past few days aku spend time kat ofis doin' nothing. So aku kembali ke tabiat lama suka baca blog. Pastu tu yang tetiba rindu nak update blog. Tiba-tiba banyak plak entri di bulan December ini... Kui kui kui...

Anyway, apa yang aku achieve in this 2013?? Hurmmmm... Aku pon tak tau sebab aku pon tak da la nak set azam apa bagai masa bulan January ituari. Cumanya aku tetap berharap benda yang sama. To be a better Muslim, a better daughter, a better friend. Aku pon tak tau la tercapai ke tidak objectives tersebut. Hurmmmmm.

Come to think of it, aku ni hidup macam tak da hala tuju. Tak de apa orang kata. Goal gitu. Memang, aku hidup hari-hari macam cukup-cukup untuk hidup saja. Tak lebih dari itu. Cukup sekadar aku sempat solat 5 waktu (itupun ada yang miss), makan 3 kali sehari, tidur secukupnya (selalunya tak cukup, selalu bangun pagi kepala pening gila), mandi (sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap sesi, jangan tanya aku buat apa dalam bilik air), bekerja dan main game Candy Crush. Itu sahaja. Apa yang essential, itu saja aku buat. Macam aku enjoy life ni secara basic saja. Yes aku sometimes enjoy good food and all that. But still I feel empty.

Don't know how to describe the emptiness. Hahahaha. Not only I suck at talking my heart, I also sucks at writting it. Hew hew hew. Aku selalu rasa aku lebih suka menulis dari bercakap. Contoh kalau aku tak puas hati dengan kawan aku, aku tulis SMS kat dia. Huhuhu. Kalau aku de terkasar bahasa, aku SMS gak 'Sorry weh, ko terasa ke dengan aku'. Macam tu lah lebih kurang. Dan juga kalau bersembang aku prefer whatsapp/SMS or apa2 yang bertulis. Sangatlah jarang aku bergayut melainkan aku nak bergosip macam Mak Jemah dengan teman2 rapat. Baru aku call.

Bukan apa orang tua2 penah kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kalau benda-benda bertulis sebelum send aku baca balik. Kalau agak2 ayat kuajaq, padam balik buat ayat baru. Gituh. Dan juga kalau ada orang tanya something unexpected, ada la masa sikit nak pikir sebelum jawab. Dan juga kalau by the time dah tak da idea nak cakap apa bleh la take time sikit nak pikir. Aku kalau cakap dalam fon dengan sesapa pon selalu je tetibe senyap. Giler awkward doh~~~

Tapi dalam text, selalu akan berlaku salah paham. Ye la text mane la ada intonasi, kengkadang ko cakap benda biasa pon orang salah baca boleh ingat ko memaki plak kan. Lagi satu kalau dah tersalah tulis nak cakap lain tapi tertulis lain dan tersend pulak ke orang itu, memang. Memang orang tersebut akan berdendam dengan 7 keturunan ko. Parah parah. Dapat plak orang yang kuat berdendam macam aku. Tapi aku dendam sekadar dendam je lah. Paling kuat aku tak bagi ko pinjam fon aku main Candy Crush.

Banyak jugak aku membebel kan. Aku dah blur nak taip apa. And tetiba rakan ofis yang duduk disekeliling aku dah balik dari meeting. Malulah la kalau nampak aku tulis blog. And also aku takut diorang bagitahu bos aku makan gaji buta masuk ofis tulis entry. Hahahaha.. Gile paranoid aku neh. Kelik2 aku sume baik-baik belaka. As for now. Hew hew hew

Happy New Year. Till then.
Assalamualaikum

No comments: