Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

k-pop, m-pop, mercun pop-pop...

Salam...

Aku tau dah banyak entri yang mencemuh kemunculan M-pop ni. Seperti entri ini, ini, ini, dan ini. So aku rasa tak perlu la kot aku nak komplen benda yang sama. Sian pulak diorang kan. Niat murni diorang nak memenuhi kehendak rakyat Malaysia ni yang semakin kemaruk dengan k-pop (aku la tu). Tapi dicerca sebegini rupa pulak. Kesian....Crazy Emoticons

Walaubagaimanapun, korang yang cari pasal kan. Nak tiru-tiru plak kan, nak k-pop2 pulak kan, nak saranghae-saranghae gak kan. So berani buat berani tanggung la kan.. Huhuhuhu... Ye la, berani betul korang cuba membuatkan peminat K-pop tegar macam aku ni perlu melupakan Super Junior semata-mata kerana korang sudah menjadi Malaysian 'Super Junior' tapi haram tak sama. Errr, memang tak patut.  

Listen up K-pop wannabe, kalau korang betul-betul nak jadi K-pop, there are a few rules to be obeyed. This is serious. Korang nak jadi K-pop kena la betul-betul K-pop. Jangan hangat-hangat taik orang ayam je. Ini tidak, nak tiru K-pop tapi resultnye cuma membuatkan orang yang melihat korang nak baling seguni mercun pop-pop kat korang.

Rule no 1: Muka jambu (wajib by hook or by crook)
Perkara pertama mestilah muka korang kena memenuhi selera mata peminat-peminat korea yang menggemarkan kejambuan, kecomelan, kekiutan, dan juga ke-rasa-ingin-mencubit-pipi-itu-an. Untuk mendapatkan kejambuan itu, korang kenalah mencuba dengan apa jua cara sekalipun. Plastic surgery, susuk kiut, suntik collagen, vitamin C, steroid, botox, pakai minyak dagu, Jus Mate-5, ngangkung dan sebagainya. 

Kalau dah namanya jambu, kenalah kulit putih melepak cam kain kapan kan. So gunalah fair and lovely sebanyak mungkin hingga kulit putih sampai ke tulang. Pastu mata kena besar, baru comel nak wink-wink. Kulit kena licin, jerawat diharamkan, kalau ade kuar jerawat kena samak (kui3). 

Kim Hyun Jung duta The Face Shop. Boleh mintak tips muka jambu kat dia.
Kalau masalah kulit haram tak cantik tak dapat dibendung, tak mengapa. Usah gusar. Make-up kan de. Make sure make-up korang tebal seinci tapi still nampak natural. So pandai-pandai lah ejas ye. Lagi, bibir kena jambu ala-ala Justin Bibir eh silap Bieber. Rambut kena stylo, highlight sana-sinun mane patut. Yang penting tutup dahi. Bila tutup dahi muka nampak lebih kecil dan kiut. Make sure muka korang lebih kecik dari tapak tangan sendiri. 

Pakej lengkap.*wink-wink*
Rule no 2: Physical appearance (tinggi, berat, ukur lilit buku lali)
Di sini, spesifikasi untuk fizikal lelaki dan perempuan lain. Aku mulakan dengan lelaki dulu. First thing, mesti tinggi at least 177cm and above. Orang korea tinggi-tinggi, kalau ketot usah mimpi nak korea-korea. Pergi makan beberapa juta carton Calci-yum dulu baru boleh jadi k-pop. Next, badan kena tough. Muscle kena ada, 6-pack kena timbul. Tapi tak mau la ketak-ketak sangat. Asian mostly kurus but muscular. Bulu badan sila cukur. Bulu ketiak boleh tinggal sikit, cam tak macho lak laki ketiak licin. Cam nyah plak...wakakaka... Lagi satu, badan kena putih, so terpulanglah nak mandi susu ke, nak buat rawatan laser ke. Yang penting PUTIH. 

*nosebleed*
Bagi perempuan, dah tentu-tentu kena slim nak mampus. Berat kena kurang dari 45kg. Tinggi tak kesah. Perempuan kalo pendek kiut. Tapi tinggi mana sekalipun berat kena below 45kg. Ingat tu below 45kg. Next, kandungan lemak dalam badan kena -25%. Especially tang kaki. Kena slim tanpa lemak macam slim river. Bagi korean ladies kaki mereka merupakan aset penting. Sebab tu mereka suka pakai hot pants, skirt singkat. Kaler kulit seperti biasa kena putih melepak cam zombie (bape banya kali da aku ulang pasal putih). Tak de parut ke, luka ke, bekas gigit nyamuk ke.

Potongan badan kena 3*-24-34. Boobs tak kesah besar ke kecik but mostly korean ladies boobs kecik jek. Tapi kena mantap, no gelebeh-gelebeh ok. Kalo gelebeh pakai push-up bra. Tak tau push-up bra tu apa pergi Google sendiri. 

Aku kalo group pompuan je mesti SNSD...huhuhu..sorry, aku peminat tegar diorang.
Rule no. 3: Talent
Ini amat penting, nak jadi penyanyi even bukan K-pop wannabe sekalipun, bakat kena ada. Walaupun bukan semua K-pop singers berbakat besar. But diorang punya determination untuk 'jadi' berbakat punya pasal sangat mengagumkan. Mereka sanggup training selama beberapa tahun untuk jadi penghibur. Kalau hari ni ko rasa nak jadi penyanyi then esok terus rakam album usah mimpi la Bedah. Melainkan suara kau super sedap macam Celine Dion. Aku sanggup keluarkan semua duit PTPTN aku semata-mata nak buatkan ko album. Nak???

Kat sini aku guna penghibur instead of penyanyi atau pelakon sebab selalunya diorang tak stick pada satu profession sahaja. Kalau start as a singer, pastu akan berlakon pulak. Tak pun jadi duta kosmetik atau plastic surgeon. 
iklan minyak masak kot...
Another thing, usaha mereka untuk menghiburkan penonton sangat magnificent. Diorang nyanyi, diorang berlakon, buat album gambar supaya peminat boleh tatap diorang puas-puas, diorang masuk variety show and reality show, diorang buat iklan lagi. Well semua itu untuk duit royalti tapi ianya still usaha yang patut diberikan 4 thumbs up. 

Memang tak mustahil, diorang boleh ada fan club yang beriban orang, siap ada nama sendiri and theme color. Contohnya, fan SNSD dipanggil S♥NE and warna rasmi diorang pink, peminat SuJu dipanggil ELF dengan warna rasmi pearl sapphire blue. This prove that some of them are not just selling their pretty face. Tapi tak semestinya semua orang suka diorang, ada jugak haters, tapi who cares about haters...

Rule no. 4: Just be yourself.
Last but not least. Just be yourself. Kalau korang tu melayu, melayu je lah. Tak perlu nak K-pop2 neh. Biar orang korea je jadi K-pop. Itu culture diorang. Ini bukan culture kita. Adalah lebih baik korang buat wayang kulit ke, nari ulek mayang ke, main congkak ke. Tak perlu hipokrit terhadap kemampuan diri sendiri yang memang sudah sah-sah tak kan dapat jadi K-pop sebab korang memang bukan orang korea to begin with. Biarlah orang korea yang continue K-pop dengan 6-pack and skirt pendek.

Kitorang minat K-pop ni sebab minat dan minat sahaja. Tak de la sampai nak kawen dengan diorang. Pervert ok pikiran itu. So tak perlu la lelaki-lelaki nak jadi K-pop semata-mata nak tawan semula perempuan melayu. Ada lelaki melayu pun suka gak awek korea. Sebab tu budak gula-gula tu wujud. Kan, kan, kan???

Kepada K-pop wannabe tu, aku yang sangat meminati korea ni tak benci korang. Aku cuma benci apa yang korang buat. Please jangan memalukan diri sendiri anymore. Sila pulang ke pangkal jalan.

p/s: Kalau ade bebudak 24/7 ngan gegula tu baca entri aku ni, cubalah follow rules diatas kalau boleh..huhuhuhu 

Monday, May 9, 2011

Burning, Lovely, Untouchable, Emotional




Hape kejadahnye yang burning-burning, emo, touch-touch bagai neh???? Apekah??? Apekah???

Mengapakah aku sebegini teruna teruja??? Mengapakah??? Mengapakah???

Inilah sebabnya....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



In case korang been living dalam gua for the past 2 years Korang tak kan kenal who the hell is these gorgeous guys...

Ok kenapa aku cakap macam ni?? Errrr...


Group ni namanya CN BLUE... Apekah maksud CN BLUE itu??? Hahahah.. Bukan citer blue dan mereka semestinya bukan pelakon filem blue...


CN BLUE itu adalah Code Name B L U E... BLUE tu sebenanya acronym untuk perkataan yang aku taip sebagai tajuk entri neh...  



Aku dah terkesima dengan gambar-gambar yang aku paste sendiri neh.. Nak tulis ape pun aku dah blur... Ekekekeke..

Aku cerita sikit pasal diorang ni eh. Mereka ni dah lama bertapak di Korea and Japan (2007) but diorang gerak secara underground. Just recently (2009), diorang masuk mainstream. Kira kalau kat Malaysia diorang ni macam Bunkface, Hujan Bittersweet and so on.

Diorang bawak genre rock-rock gitu, dah band kugiran main gitar greng-greng and main drum dum-dum mestilah kena rock ye tak. Tak kan nak dondang sayang pulak.

oh nampak macho w'pon sekor-sekor muka jambu...

Diorang ni muda-muda lagi kot. Dalam baya-baya aku jugak la. So aku ni kira muda lagi la. Huahuahua... aku muda lagi ok. Jangan tak percaya.. 

Di bawah ini aku dengan baik hatinya mengepaste info pasal diorang yang aku google tadi. Korang tak payah susah nak google. Aku tau korang malas.

Name: Jung Yong Hwa
Position: Leader, Guitar & Vocal
Blood type: A
Birthdate: 1989/06/22
Height & Weight: 180cm, 63kg
Hobby: Appreciating musicSpecialty: Clarinet, Beatbox
Attraction: Side teeth
Career: SBS Drama ‘You’re Beautiful’ as Kang ShinWoo, SBS Inkigayo MC
Family: Parents + older brother
Favorite food: Meat

Name: Lee Jong Hyun
Position: Guitar & Vocal
Blood Type: O
Birthdate: 1990/05/15
Height Weight: 182cm 64kg
Hobby: Appreciating music, exercising
Specialty: Judo
Attraction: Chic smile
Career: Acoustic movie as Seongwon
Family: Parents + older sister
Favorite food: Spicy food

Name: Kang Min Hyuk
Position: Drummer
Blood Type: A
Birthdate: 1991/06/28
Height Weight: 184cm 60kg
Hobby: Soccer, Basketball
Specialty: Flute
Attraction: Smiling eyes
Career: MNet M!Countdown MC, Acoustic movie as Haewon, SBS Drama ‘It’s Okay Daddy’s Girl’ as Hwang Yeon Doo
Family: Parents + older sister
Favorite food: Fruits

Name: Lee Jung Shin
Position: Bassist
Blood Type: A
Birthdate: 1991/09/15
Height Weight: 186cm 66kg
Hobby: Appreciating music
Specialty: Rap, Bass
Attraction: Eyes
Family: Parents + older brother
Favorite food: Salad


Sorry guys, aku tak boleh stop dari paste gambar diorang..Mianhe-yo....

Aku tak tau korang perasan ke tak. Vokalis group ni, Jung yong Hwa ni pernah berlakon. Ala citer yang ade perempuan menyamar jadi laki masuk rock band ganti abang dia tu.

Citer neh citer neh!!! Mesti korang tau because citer ni popular nak mampus dulu. Nasib baik tak mampus. Yong Hwa bawak watak Kang Shin Woo yang cool serta macho, si pelindung terhadap Go Mi Nam. Jadi kan watak dia??? Itu first time dia berlakon and watak sebenar dia memang gegile and tak sama langsung dengan Shin Woo.  

Pastu dia ade masuk reality show virtual marriege 'We Got Married'. Dia kawin virtually dengan SNSD SeoHyun. Mereka sangat comel kau!!!! Suka sangat mereka because si SeoHyun tu sangat innocent and naive but si Yong Hwa ni nakal and very kebudak-budakkan. Pastu cam malu-malu, nak pegang tangan pun malu. Huhuhu Comel sangat rasa nak penampar je... 


Time neh tak malu dah nak pegang tangan.


Comel kan??? Kan??? Kan???

 

Comel kan??? Bape kali take diorang nak tangkap gambar cium neh. So cute and lovely and sweet and sugar and salt and pepper and... and... pepperoni.. Whatever...

Ok kembali kepada group CNBLUE ye. Aku banyak citer pasal Yong hwa sebab dia jek cam popular lebih sket. Vokalis la katekan. Eh dia ni sebaya aku tau. Ade jodoh tuh..Huhuhuhu



Bulan lepas diorang ade kuar album baru tajuk 'First Step'. Seperti biasa tak de keje aku nak g beli tapi kalo keje download aku boleh.. Huhuhuhu... Korang nak download sendiri lah ye.. Search je kat 4shared.. Gerenti ade.

Aku ni nak kata peminat tegar, tak sampai tahap tu lagi kot. But serius cakap aku dah jatuh cinta dengan lagu-lagu diorang. And termasuk dengan diorang-diorang sekali. Jambu kot!!! My taste ok...

Lagipun mereka ni wayyyy better than gula-gula, 24:7 or whatever yang korean wannabe tu. Geli la woi!!! Biar la korean saja yang menerajui K-pop ok. I don't think I want to see Melayu tayang kaki, or ketiak and act cute buat love-love. Orang Korea buat comel!!! Korang buat tak comel!!!


Nak tangkap gambar pun comel..huhuhu

 
Jelir lidah pun comel...



Giler comel kn??? Gambar ats neh hape dia tulis aku pun tak faham. Aku reti baca tapi tak tau ape makna. So baik tak payah kan.. Huhuhu

Aku rasa aku dah tak ida nak tulis ape pasl diorang and dah cukup banyak gambar yang aku paste. So last souvenir aku dari CN BLUE is video diorang yang lagunye best giler.. Seriusly, I cannot get this song out of my damn head.



p/s: sorry entri pjg dengan gambar..huhuhuhu
p/s/s: i do not own all the pics and info. The info i got it from here and the pic are from CNBLUE official website and some i got from google...

Sunday, January 30, 2011

Love is in the air ♥♥♥

Assalamualaikum....
Hari ini saya dengan penuh gedik ingin membuat 1 entri gatal....
Entri ini cuma dipenuhi dengan gambar sorang lelaki jambu....
Lelaki jambu not more not less...

Sila sediakan baldi di sebelah anda....
Jika rasa ingin muntah, sila muntah tanpa segan silu lagi pilu...
Muntah mengikut masa sendiri ok...
Bile-bile pon boleh...

The jambu guy starts now!!!

Wednesday, January 12, 2011

Ada apa dengan:SNSD

salam....

Lame tak update blog... Bz lah...Mak kan wanita berkerjaya... Huahuahua!!!! Keje tak la penat mana...Tapi bz la, nk mengemas... Basuh kein lagi... Masak untuk suami and anak-anak lagi... Yang tu tipu arrr~~~ ari ni nak buat entri santai... Tak payah senak-senak otak pikir macam-macam.. Illuminati bagai... Tul tak??? Hahaha...

Ok aku start dengan tanye satu soalan yang simple lagi pimple... Skang neh prasan tak dengan kebangkitan arus muzik korea kat negara terchentaaa kiter neh??? Perasan tak??!! Perasan tak???!! Oiiii perasan takkkk????!!! Ok aku anggap je korg jawab... Seperti yang telah aku ceritakan di sini.. Aku neh memang minat lah artis-artis korea nehhh.... Dah diorg sume jambu-jambu, hensem-hensem.. Tergodalah mak, nak wat camner kan... Hahaha..

So today i want to cerita about group K-pop yang aku suka... Group ni yang bertanggungjawab terhadap minat aku pada muzik korea yang semestinye bahasa sepatah haram aku tak paham...Tapi awas!!!!

Tuesday, December 28, 2010

perjalanan music ku the next chapter...

Salam...

Itu hari aku de tulis pasal music yang aku suke kan...Korang ingat tak??? OK fine tak ingat.. Sila klik sini. Huh.. Korang memang tak mesra alam... Mentang-mentang aku tak terkenal, blog tak cantik, entri cam hangit, korang tak mau baca ek.. Tak pe... Hahaha.. Kidding saja... Senda gurauan tatkala ujan renyai-renyai... Aku cube sedaya upaya tulis entri yang bagus... Banyak blogger yang bagi tips says don't give up... So, aku still akan menulis.. (^o^)V

Ok kiter sambung dari entri lepas...

Wednesday, December 8, 2010

mari mendownload citer korea

Salam semua...

Hari ini aku nak berkongsi ilmu yang tak berfaedah dengan korang sume. Ilmu yang tak berfaedah yakni ilmu yang memang tak kan berguna biler korang masuk university ataupun kerja kat kilang plastik. Ha3... Ilmu yang aku maksudkan ialah ilmu mendownload citer korea..haaa~~~~

Sebelum neh aku pernah cakap yang aku tengah gigih mendownload satu citer neh...Ye memang korang tak tau sebab korang tak follow blog aku..(T.T)

Citer tu tengah tayang kat KBSW skang n dah episod akhir dah pon tapi aku tak follow dari awal so aku rase tak puas hati lalu dengan semangat yang kentang kental mencari2 di internet kat mane nak download citer tuh. Asyik mengemis citer dari member2 aku tak bez pulak rasanye... 


Sungkyunkwan scandal
Aku tengah berhempas pulas download citer neh skang... HD punye tau.. Jangan mein2.. Kalo nak download amek kat sini or sini ye. Diorang ni cume free-fansubbers so silahlah bagi kata2 penghargaan kepada mereka sebelum, semasa or selepas mendownload.

Oh! My lady...
Cerita nie sedang ditayang kat 8TV tapi dah dub dengan suara mandarin n aku tak berapa suke. Aku nak dengar suara abang Siwon sendiri..hahaha.. Member aku ade citer neh tapi aku rase cam nak download sendiri lah..hu2.. Boley download di sini ye...

My girlfriend is a nine-tailed fox
Cerita ni khabarnya seronok tapi aku tak tengok lagi... Dah ade dalam koleksi hasil pengemisan aku dengan member2.. hahaha... Kalo berminat nak tengok lakonan Lee Seung Ki yang comel berpipi tembam neh silelah download di sinun ye...

Marry me, mary!!!

Sekarang neh aku tengah menunggu kemunculan cerita ni kat KBSW.. Tapi sebenarnya cerita neh dah tunjuk sampai episode 8 dah kat korea.. Lambat sikit sampai kat kiter...Hu2... Tapi dah boley download dah episode2 tersebut.. Sila check this out. 

playful kiss
Cerita ni sebenarnya dari dulu lagi aku nak carik.. Baru jumpe yang gamber HD punye with softsub..hahaha..Suke suke suke!!! Aku akan berusaha download cerita ni pulak selepas habis download SKK Scandal.. Hu2.. Aku nak download kt sini. Kat link neh susah sikit nak mendownload sebab cam complicated pe die tulis. So baca betul2 dulu ape arahan die baru download n then kasik penghargaan sikit dengan mengucapkan kamsahamnida!!!

Itu saja cerita2 yang aku rasa cam bez.. Dulu aku tak layan sangat cerite korea.. Aku suke cerite jepun.. Tetibe sekarang neh cam banyak pulak cerite korea bez2 n episode pon tak panjang sangat. Kalo panjang2 sangat malas pulak nak tengok. Tambahan pula semakin ramai pelakon2 yang ganteng2 mewarnai industri pendramaan mereka...hahaha.. Lagi seronok tengok...kekeke...

Akhir kata dari aku, selamat mendownload n siap2 bli DVD kosong or external hardisk before start mendownload ok!!! 

p/s: I do not own all of the pics n the links. The pic are all from google n all the links are from AliceChen's WorldHaru2subS, and GOE_SS. Please support them. Banyak lagi project yang diorang buat. Boley chekedout ok!!!