Saturday, June 21, 2014

Working life

Assalamualaikum

Wow, last post December 2013. Next post June 2014. Might as well aku delete blog ni. Terbiar, terbengkalai, terdampar, ter hape da ko merepek ni. 

Bila dah berumur 20++ and already working. Semua orang start new phase in their life. Which are married life, journey to motherhood etc. Aku pulak still struggling with my working life. Pdahal dah 2 tahun bekerja. masih bertatih. Dalam masa 2 tahun, dah 2 kali tukar kerja so dah ada 3 experience kerja. And not even once I'm happy with my job. Owh baru ku sedar I'm very hard to please. Siapalah yang malang jadi my life partner nanti.

My work requires me to travel A LOT. Nampak tak caps lock tu. But i will travel alone. Dah la aku ni sebelum2 ni pon anti sosial. Bila dapat job kena travel sorang2 macam sangat suit dengan diri ku ini. Tetapinya kerja ini sangatlah mencabar. Mencabar kesabaran, keimanan, ke-stamina-an (ada tak perkataan ni? If tak ada aku adakan jugak), kebijaksanaan, kebijaksinian, kebijaksituan, semua lah!!

Hence, I'm mentally and physically tired every day. So what's the point to post up entry tentang kepenatan kau setiap hari kan. So makanya aku hari ni nak post lumsum kepenatan selepas 9 bulan bekerja as Restaurant Auditor.

My work is not easy. But most people pandang rendah and tak faham, kenapa aku penat. Kenapa aku tak keluar enjoy time cuti, kenapa aku tak suka balas comment kat fb or balas whatsapp or even trying to start a whatsapp conversation. Sebab the culture yang diterapkan dalam organisasi ku ini adalah, your job is your life hence you must work in every single minutes of your life. Ini bukan metafora, hyperbola, isketambola.

I really do working every single minutes. Tapi untuk insan pemalas abadi macam aku ni. Ko pikir aku nak follow diorang punya mazhab tu? Memang tak. Sebab tu aku rasa 24jam ni tak penah cukup. Kerja sehingga tak dapat nak fikir pasal diri sendiri. 25 with no calon or plan whatsover on getting married or even plan to find someone in order to get married. 

Dah kenapa kena mentioned pasal kahwin je ni?? Is it aku kena cari seseorang to make me happy instead of  be happy dengan diri sendiri and people that surrounding me??

Owh tak mahu post benda-benda emo lagi. Ok back to the topic. Kerja aku ni, pergi kerja buat kerja, balik rumah buat kerja, cuti buat kerja, makan pikir kerja, tidur mimpi masuk store buat kerja. Giler betul pompuan ni kan. But that's the truth. Aku tak tahu macam mana manusia lain dalam department aku ni boleh kerja 7-8 tahun dekat sini. Aku 9 bulan dah nak gila. 

Aku ni bukan tak nak challenge diri aku. Tapi nak cabar pon ada batas jugak. Aku rasa macam aku ni hamba pada kerja pulak. 

Pagi2 masuk kerja, depends pada keterukkan restoren tersebut. If teruk aku selalu balik malam. Dah balik, ada observation quality checklist nak buat. Nak buat supplier checklist lagi. Nak isi product quality monitoring lagi. Nak setel KPI lagi. Ni hah terbengkalai projek KPI aku. Selalu tidor 1pm above. Esok ulang benda yang sama, kalau lain sikit pon, siap2 pergi outstation. Sampai sana, sama jugak audit restoren, type report, membebel kat manager apasal store tunggang langgang. Apsal banyak mesin rosak, apsal ada tikus. 

Every single day, without fail, I'm doing the same thing. Dari awal entry, mesti korang ingat aku nak resign and move on kan. Nope, not at all. Aku masih degil nak teruskan kerja ni walaupun parents aku tak berapa nak setuju. Mungkin sebab tu aku rasa tak happy with this job. Sebab tak dapat restu mak bapak. Tapi aku pikir hanya aku je tahu apa yang akan buat aku happy. Walaupun  hakikatnya serius aku tak tahu apa aku nak dalam hidup ni, but aku akan guna prisip 'try and error'.

At least I try kan. Sebelum aku nak buat orang lain happy, aku nak happykan diri aku dulu. Lain macam kan prinsip aku. Selalu orang akan rasa happy bila orang lain yang kita sayang happy. But aku lain sebab aku hanya ada diri aku yang boleh diharap untuk buat diri sendiri happy. Sebab aku tak rasa ada orang paham aku, apa aku nak. Orang sekeliling aku hanya assume aku akan happy kalau aku buat macam ini, macam tu. Tapi apa korang tau pasal aku? Tak tau apa kan. So shadap.

Aku bukan try to build a wall with people around me. Tapi aku dah terdidik begitu. Aku dah terdidik untuk pujuk hati aku sendiri bila sedih, tenangkn diri sendiri bila marah. Bukan aku tak pernah try to share. I try tapi at the end aku yang sakit balik. No point. Seriously no point. 

Daripada aku paksa orang faham aku. Better tak payah faham. Tak penting pun. Tak pernah penting untuk siap2 faham apa aku rasa. Sebab tu walaupun aku sangat terbeban dengan kerja ni, merungut setiap hari dengan housmate n kawan rapat (sekadar merungut n share minor things), aku tetap nak teruskan kerja ni. Sebab walaupun susah mana. Aku hanya susahkan diri sendiri. Sebab aku hanya ada diri sendiri to depends on.

Owh ter-emo pulak semasa menaip. But aku hanya ada blog ni nak luahkan. Betul tak. But please don't judge. Please. Itu je.

Till then. Assalamualaikum.   

1 comment:

Raihanah said...

ha akhirnya ada jugak kawan yang update blog. haha ingatkan semua dah retired.