Saturday, July 16, 2011

malang itu tidak berbau perfume ralph lauren berharga rm60 sebotol...

Salam...
Repot dah setel. Aku dengan hidung yang kembang kempis menahan riak menyerahkan repot haku yang setebal kamus dewan edisi ke-15 itu kepada akak yang duduk kat kaunter jabatan fakulti aku. 'Here u go b***h'. Aku cakap.*tipu*

Lepas hantar, aku dan teman-teman terus berambus secepat mungkin tanpa pandang kiri kanan. Sampai nak melintas pun main redah. Cam ayam kawan-kawan aku neh. 


Pegi melantak kat restoran kelolaan fakulti. Pastu g antar kereta kat tempat keje ayah dia yang sesak sebab dekat dengan masjid, pastu terus pergi memboroskan diri kat Jln TAR. 

Nak beli baju raya konon. Padahal dari satu kedai membawak ke kedai beskal, haram satu baju pun ai tak berkenan. Hencik tau dah penat-penat berjalan cari baju tapi cam tak de mood nak shopping.


Pastu member aku plak dicopet. Nak bayar, sesedar purse dah menghilangkan diri. Hamagad!!!! Ape lagi, cuak dah sesekor. Haku pun bagi cadangan g repot polis. Cadangan la sangat kau nyah.. Memang kalo dah hilang dompet kena repot polis. Tak kan repot kat tok mudim pulak.

Patut la aku dari pagi tak de mood nak shopping. Nak berlaku kecelakaan ropenye.. Pastu diorg g repot polis, aku g solat. Lepas solat baru dapat beli baju. Baru dapat hidayah nak pilih baju mana barangkali. 

Baju raya kaler purple lagi tahun neh. Beli dua pasang pun sepesen je rope. Baju tanah putih/krim pastu ade la kaler sket tompok-tompok. Dah de dua tiga pasang baju aku cenggini. Ni la akibatnya kalau kuasa membeli baju raya diberi kat aku. Syabas~~~~ Mak baju kawin t mak pilih eh...

mak, nak pakai baju camni leh?????
Bila member aku balik, aku pun mula menemuramah beliau tentang aktiviti merepot polisnya. Dia cakap dia call bank nak mintak blok kad atm dia. Skali memang dah diblok sebab salah no pin. Hamlau punya penyamun, tak cukup ke cash dia kat dalam purse tu sampai nak g cucuk duit plak. Macam harta ko plak sesedap nak cucuk-cucuk. Cucuk idong kang baru tau.

Tapi member haku pun cuai, dia tak perasan dia tak tutup zip beg. Tersengih gitu jek beg beliau. Pastu selamba bersiar-siar kat jln TAR.. Lepas beberapa belas kedai kitorg rompak masuk, nak bayar baru perasan beg terbukak tanpa purse berada di dalam.. 

Think positive la ye yang. Biar ar, rezeki pencopet tu. Tak dapat ko beli kasut smalam kan. Tak pe, pasni kalau jumpe pencopet tu suh dia dibelikan kasut kat ko. 

Sebenarnya aku ngan kawan aku neh lebih kurang je perangai cuainye. Pagi tadi aku dok seronok-seronok g beli coklat, pastu singgah farmasi beli ubat jerawat bagai, masuk kete perasan zip purse aku terbukak. Skali aku cek duit aku cam short 50hengget. Aku tak sure aku dah pakai or tercicir.

Naluri kebinatangan perempuan kuat shopping aku rasa macam aku tak pakai duit tu. Pastu satu hal aku mengagau kat tempat-tempat yang aku singgah semat-mata nak cari duit 50hengget. 

Seperti nasihat aku kepada kawan aku tadi, think positive. Kalau betul duit ku tercicir, aku harap ade pengemis yang kutip. Amek duit tu buat makan, beli baju baru ke. Jangan g langgan cikaro plak!!! Aku haramkan duit aku dibuat cenggitu!!!

Pasal ubat jerawat tadi, ni ubat jerawat yang ke-5 aku cuba. Nanti kalau muka aku dah licin cam pelakon korea aku promote kat anda semua...

Dah tu je nak update. Boleh klik pangkah sekarang...Anyoung~~~~

No comments: