Assalamualaikum all readers...
Don't know why but aku rasa macam nak menulis hari ni. Setelah sekian lama tak update blog. Tiba-tiba rasa macam nak menulis. Menulis apa??? Itu kita kena pikir dulu.
Ketika aku sedang menulis entri ini, diluar sedang hujan lebat sepoi-sepoi bahasa urdhu. Ye, sekarang ni cuaca seperti memahami aku yang sedang lemau di hadapan laptop di dalam bilik bujang di rumah abangku ini. Lemau apasal??? Sebab aku nak lemau la. Baru masuk dengan cuaca sekarang. Huhuhuhu...
To tell y'all the truth.. Aku memang suka sangat bila hujan. Al-maklumlah, Malaysia ni kan panas, berpeluh ketiak melalui hari-hari yang 'hot' macam Megan Fox. So bila sekali-sekala hujan apa salahnya ye dak?? Baru ar boley nyorok-nyorok bawah selimut ala-ala dalam cerita Korea sedas dua. Pastu dalam sejuk-sejuk ngengader pasang kipas speed 5. Bajet pastu boley hembus nafas kuar asap-asap la. Kekekeke...
ok sweet... |
Itu dulu, sekarang kalau hujan aku still tarik selimut but lepas tu terus kroh kroh tido. 'Kroh kroh' tu cuma metafora yang menunjukkan aku tidur dengan lena ok. Aku tidur tak mengeluarkan bunyi. Agaknya lah.. Aku tengah tidur mane aku tau ade keluar bunyi ke ape ye tak. Yang penting, hujan yang sepoi-sepoi bahasa korea meng'induce' nikmat tidur lena sama seperti baby yang tidur dengan memakai lampin Mummy Poko.
Lagi satu hujan yang aku suka ialah Hujan band. Aku pernah ceritakan di sini. Ye aku tau korang tak tahu yang aku suka Hujan sebab korang tak follow blog picisan aku neh *emo*. Tapi kalau korang tahu pun buat apa kan?? Bukan masuk periksa mahupun test JPJ pun.. So let it be. Aku sangat suka lagu Hujan yang satu ni. Lagu agak lama. But still humming to this song tatkala aku mendengarnya. Tajuknya 'Hiba'. Kalau nak dengar sila lah search and download sendiri. Aku malas nak embed kat sini. Cuba la jadi readers yang rajin sikit. Tak kan semua nak suap seketul-seketul.
Ok the truth is aku tak reti, I mean tak berapa pandai nak embed-embed mp3 kat sini macam blogger lain buat. Kalau guna youtube tu aku retilah jugak. Ye aku mengaku aku seorang blogger yang agak buta IT. Tengok sendiri lah page aku neh. Sekali pandang dah tau budak ni tiada kretiviti yang tinggi. Ok cukup mengutuk diri sendiri. *mode=down*
Berbalik kepada Hujan tadi, aku memang sangat suka lagu itu. Pada aku, lagu-lagu Hujan liriknya puitis tapi tak sampai tahap jiwang meleleh lentok mintak flying kick. Emosi and feeling cukup-cukup and just nice. Boley layan tapi tak sampai naik menyampah. Dicampur dengan suara Nuh yang agak kasar-kasar tapi still sedap didengar... It's just perfect. 4 thumb up to them!!! (campur jari kaki sekali) Oklah.. Aku cari kat youtube.. Nah amek kau!!!
But now aku sangat suka dengan comeback Panic! At the Disco. Seriously diorang telah kembali with a BANG!!! During album Pretty Odd aku macam not really into it because music diorang macam agak mainstream and pada aku agak tak menunjukkan music sebenar Panic! At the Disco yang pernah aku layan sebelum neh. But now dengan The Ballad of Mona Lisa. Aku dapat rasa yang diorang dah jumpa jalan pulang. Bravo guys!!! Diorang ni membuatkan aku lupa kepada K-pop sekejap. Bravo again!!!
Ok paragraph di atas ini sangat lari jauh dari tajuk sebenar. Berbalik kepada hujan, ada juga kategori hujan yang aku tak suka that is asal-aku-basuh-kain-je-hujan-turun-tanpa-rasa-bersalah-type of hujan. Sangat rasa annoying bila aku dah setel basuh kain and tengah rendam guna softener Daia berperisa peach bagi wangi-wangi. Dan-dan hujan turun tanpa segan silu. Time tu memang rasa macam nak tarik selimut and tidur sampai minggu depan.*annoyed*
Sebenarnya, sekarang ketika aku menulis ayat ni, internet aku ditutup sebab guruh dengan kilat main sahut meyahut. So untuk mengelakkan modem kena sambar petir, terpaksalah ditutup. So by the time aku publish post neh, maybe hujan dah berhenti and, bukanlah lagi masa yang sesuai untuk bermain-main bawah selimut sambil dengar lagu Hujan.
p/s: Nikmatnya kalau makan biskut kering cicah air teh panas dalam hujan-hujan camni.. But.. Tidur lagi best. So let's do that.. Hahahha..