Monday, May 23, 2011

sentap~~~~~

Assalamualaikum...

Hari ni aku melalui sesuatu peristiwa yang aku tak dapat nak interpret sama ada ianya sesuatu yang patut atau tak patut berlaku. Penin??? Aku pun pening bila baca apa yang aku tulis neh.. Tak pe lah aku citer straight to the point...

Petang tadi masa aku keje, errr praktikal sebenarnya, aku duk dekat production sambil melihat L buat keje. Ini L keje kat kilang, bukan detective L Death Note.... Jangan keliru ok. Pastu aku pun dari dok melangut tengok dia buat keje baik aku tolong. So aku pun saja-saja la sorong-sorong troli, pastu angkat-angkat berat sikit. Rilek je.. Aku tak kesah sangat buat keje berat. Aku kat sini kan belajar, so macam mana aku nak belajar kalau aku dok tengok jek, ngantuk kot....

Keje L ini kira macam kuli gak ar. Memang penat keje dia. So aku pun memang selalu tolong-tolong dia kat production. Then masuk la sorang manusia yang memegang title yang lebih tinggi dari L neh. So bila dia tengok aku dok kesana-kemari tolong si L neh dia pun cakap, "Eh, tak payah tolong dia, biar dia buat keje dia". 

Aku cam sentap sekejap. Dalam hati aku pikir, salah ke aku tolong??? Walaupun keje si L ni cam kuli tapi apa yang dia buat tu adalah proses yang aku kena belajar. So apa salahnya aku tolong. Nak belajar kan. Aku tau itu bukan keje aku, tapi aku tak rasa yang perbuatan aku menolong dia tu satu kesalahan. Sebab cara dia cakap kat aku tadi macam marah. Tak la marah gegile. Tapi cam marah sikit ar....

Then aku pikir, macam hina giler je keje dia ko nak suruh dia sorang buat. Orang lain tak payah tolong. Tak kan la aku nak tengok je sume benda dalam production tu tanpa gerak satu jari sekalipun. Macam mana aku nak pandai macam tu. Pastu macam berlagak giler pulak kan, berdiri silang tangan je tengok orang buat keje.

Memang la aku tak dibayar gaji untuk buat keje dia, but aku memang tak dibayar gaji in the first place pun. Cuma ada elaun yang average saja. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pengalaman keje yang aku dapat, satu sen tak bayar pun tak pe. Aku tak kesah. Errr aku kesah sebenarnya, bayar sikit pun jadi la..huhuhuh...

Macam aku cakap tadi, aku tak kesah buat keje berat. And incase ade yang tak tau aku ni PEREMPUAN. Kalo setakat suruh aku angkat-angkat kotak, tolak-tolak troli, angkat-angkat bakul berisi raw meat. Aku tak de hal. Rilek je.. Tapi malam tu insya'Allah 8.30 aku dah masuk tidur.. Huhuhuhuhu

Sebenarnya aku lebih rela orang nampak aku ni brutal ke, ganas ke, maskulin ke daripada dilabel sebagai perempuan GEDIK. Kalau kotor sikit geli, susah sikit merungut, berat sikit merengek tak larat. Rasa cam nak penampar je sebijik. Kalau aku jadi macam tu tak mustahil aku akan tampar diri sendiri. Huahuahhaaa....

Motif aku tunjuk tough ni bukan nak berlagak tapi nak orang nampak yang aku ni serius bekerja bila aku minat dengan sesuatu. Ini penting bila ko berada di bawah, bekerja dengan orang. Then bila ko dah berada di atas and melihat orang bawahan kau yang keje macam kau dulu, kau akan menghargai keje dia sebab kau tau macam mana susah nye keje tu dulu.

Serius cakap aku minat dengan keje-keje di production, penat memang la penat tapi seronok and challenging dowh!!!! Tak de la keje ko dok depan komputer dari pukul 8.30pg smpai 5.30ptg. Boleh giler aku kot. Lepas tu kalau hari-hari buat benda yang sama lagi giler kot. Kalau bende yang best and challenging, buat hari-hari pun tak pe.... Kukukuku.... 

Motif aku citer ni sebenarnya nak cakap yang aku rasa tak salah aku tolong L di production sebab aku tak rasa ianya menyusahkan aku and aku enjoy. Kalau aku penat aku boleh berenti tolong lagipun bukan L yang paksa aku tolong. AKU YANG NAK TOLONG SENDIRI. Tak de sape paksa aku. And L pun macam tak kesah samada aku tolong dia atau tak. Aku cuma nak buat sesuatu yang better dari kau yang macam bagus dok arah-arah orang je. 

Crazy Emoticons

No comments: