Ngehehehehe... Apehal ko pompuan awal-awal dah mengilai kan. Baik ko bagi salam, tak pasal-pasal terbakar plak pagi esok kang.
Aku bagi salam yek.. Assalamualaikum~~~~ Slumber rock je aku kan post emo-emo hentak-hentak kaki minggu lepas pastu senyap sunyi tanpa update. Aku depressed... Hahahaha.. Itu jek... Muahahahaha...
Tapi hari ni aku nak update pasal mende lain. Aku ni sebenarnya dah 5 hari MC.. Tak g keje. Demam tak hengat. Sekali kuar bintik-bintik merah. Kena demam campak ropenye aku neh. Atau dalam bahase omputehnye measles. Cemana nak sebot sila sebut ikut sedap lidah sendiri. So sempena tak keje and tak pergi ofis yang boleh membuatkan aku tacing tu aku cadang nak star tulis repot for LI aku neh. Tapi tetiba jari aku klik kat new post pulak kan.. Ngader je... Ngehehehe...
Ok lah aku ade mood nak menghadapi masalah silam ni. So aku cerita la ape kes aku emo-emo minggu lepas ek. Kepada kawan-kawan aku, kalau nak tau citer t aku bagi link post ni jek... Penat mak nak cerita banyak-banyak kali. Kang citer kat reramai sekali cam bagi lecture plak kang. Sape tido aku baling kerusi...
Begini ceritanya, aku penah citer kat entri ni dulu aku ni jenis susah nak sesuaikan diri kat tempat baru. Lagi-lagi aku sorang kat kilang ni kan. So aku pon merapatkan diri dengan sorang akak neh. Tua setaun je kot tapi beselah pompuan kan hormat terlebih. Tua staun pun panggil kak. Kalo dengan laki, kalo yang dah berbini berana pinak baru ade hati nak panggil abang. Kalo stakat tua dua tiga taun pastu bujang trang tang tung rilek je aku hoi hoi aku kau.
Aku agak kamcing la ngan akak neh sebab dia friendly. Pastu memang selalu wat keje ngan dia. Aku ni orang baru so dia selalu la cerita-cerita pasal orang kat dalam kilang neh. Mostly cerita-cerita yang tak baik lah. So aku ambik sebagai peringatan je la supaya berhati-hati dengan orang kat sini. Tapi aku ni kan jenis inesen, cepat terpengaruh dengan citer-citer orang. So aku kind of ada bad impression dengan orang-orang kat sini. Sangat tak baik perangai aku neh. pastu aku kalo dah tak suka memang agak susah nak kaver. Susah la nak wat poker face. Slalu jadi bodo face atau sardin face jek.
So bila ada benda-benda yang berlaku, aku selalu cerita kat akak tu. Dah dia pon selalu dok bercerita pasal orang ni buat ni, buat tu. So aku pon macam join de club la. And nak dijadikan cerita aku pernah kena marah dengan salah seorang orang yang akak ni penah citer and akak neh memang TAK SUKA orang tu. So aku pon macam emo-emo lepas kena marah. Beselah pompuan, asal kena marah nak tarik muka. Tapi memang salah aku pon. Padan muka aku kena marah. Then long story short selalu la aku dok bergossip dengan akak neh pasal orang-orang lain.
Sambung cerita, ada budak praktikal lain baru masuk. Time tu aku selalu masuk dalam kilang so jarang dah lepak ngan akak neh. Tapi aku memang ade merasakan aura yang dia tak suka aku sebenarnya. Aku pun tak de la suka benar dengan perangai dia. Tapi tak de la aku g bercerita dengan orang pasal perangai dia. Diam-diam sudah. Malas aku nak cari pasal. Biar la dia nak idup kan. Janji tak kacau aku sudah.
So one day yang sangat busy, aku disuruh buat keje yang selalunya aku tak payah buat. Suma orang busy-busy hari tu. Tetibe sesak carik aku. Bila aku nak start wat keje aku tanya la kt akak neh. 'Mane dak praktikal lagi sorang??? Nape tak suruh dia tolong, dia tak de keje kot.' Aku cakap macam neh bukan sebab aku tak mau buat keje tu. Cuma kau tertanya-tanya jek. Aku wat keje kat tempat lain and jauh. So nape susah-susah tunggu aku kalau ade orang lain yang available. Tak la keje tertangguh. Suci murni tak niat aku sebenarnya????
Pastu si akak pun tetibe melenting cakap aku ni sesedap mulut cakap orang tak buat keje. Pastu cakap kalau aku tak ikhlas nak tolong tak payah susah-susah tolong. Ikhlas???? You talk about ikhlas??? Cik Akak sometimes ada benda dalam dunia ni yang kita tak ikhlas nak buat tapi kena buat jugak. Ingat dulu sentiasa ikhlas ke buat keje sekolah yang cikgu bagi??? Kadang-kadang merungut gak banyak homework. Tapi nak tak nak kena buat gak. Boleh plak ke kalau satu hari rasa cam tak ikhlas nak wat homework, so tak yah buat. Biar jek.. Nak kena libas ngan cikgu ke???
Kalau aku tak tolong hari tu sapa yang nak tolong lagi??? Memang aku nak tolong pon. Aku cuma suarakan pendapat aku je. Salah ke??? Pastu bila aku nak terangakan niat aku sebenarnya dia tak nak dengar and dok jerit-jerit SHUT UP kat aku. Seriously so immature. Memang aku tengah panas and rasa cam nak tampar je je dia tapi aku masih waras. Aku cakap kat dia aku minta maaf. Salah aku sebab salah sangka. Then dia buat muka masam all the way, pandang aku pun tak nak macam menyampah giler and hina sangat aku neh.
Aku tau dia banyak keje and pressure so marah-marah. memahami sungguh aku ni. So aku biar je la dia dengan emo dia. Tapi bila kau cerita kat member baik aku kat kilang, aku plak jadi cam emo, aku cakap macam-macam including the phrase 'pegi mampus' sebab aku dah marah sangat. Tapi aku tak maksudkan pun. Ingat aku ni kejam cam raja drakula sesenang nak suruh orang pergi mampus?? Nak mampus ke???
So akak ni pon now in the verge of rage and citer-citer pasal aku kat orang lain. Aku tak tau apa yang dia citer. Aku tak tau apa yang dia mengutuk belakang aku. Better aku tak tau. Kang kalau aku tau, tak pepasal nangis tekup muka lari g tandas. I ni sensitif tau. So sume orang macam layan aku agak dingin sikit. Tapi still buat muka baik. So it's good enough for me. Walaupun belakang diorang buruk-burukkan aku at least kat depan aku diorang masih terdetik untuk layan aku elok-elok. Even suma orang memang tak peduli pun kewujudan aku dalam ofis tu. Yang aku tacing sebab diorang order makanan ramai-ramai tanpa bagitau aku. Then bila aku tengok sorang pon tak terniat nak cakap something pasal terlupa ajak aku ke. Or pelawa aku makan ke. Sume buat muka sardin. Aku pon buat muka sardin gak then leave. Aku g tidor dalam surau but the truth is air mata meleleh masa aku menyandar kat dinding surau tu.
Aku admit salah aku sebab cepat terpengaruh dengan orang and cakap ikut sedap mulut jek. Tapi aku ni manusia and i'm not perfect. Yes aku buat silap and aku tau silap aku and aku MINTAK MAAF. Lupa plak nak cakap. The next day aku cool down and mintak maaf balik dengan akak. Tapi dia macam angguk-angguk je. Macam tak ikhlas nak dengar permohonan maaf aku. Aku dah bunuh orang ke??? Ade orang mati sebab aku ke semalam??? Aku ade rosakkan rumah tangga orang??? Besar sangat ke salah aku sampai dia tak boleh nak terima maaf aku. Fine sekarang baru aku tahu betapa hinanya aku kat tempat ni sebenarnya. Hina!!!! Hina sangat!!! Aku ni bukan orang!!! Tak perlu layan aku macam orang!!!! *ok teremo plak*
So begitulah ceritanya. Aku bukan nak memburukkan orang, even orang tu dah memburukkan aku. Tapi selalunya kalau orang dah bercakap, citer yang biasa diperbesarkan. So aku takut nanti nama aku jadi buruk seburuk-buruk kain buruk. Ok tak leh pakai pepatah tu. Skang neh aku takut diorang suma salah sangka aku ni ponteng keje ke sebab dah lama tak datang padahal aku sakit. Aku dah cakap aku sakit tapi aku takut diorang ingat aku tipu memandangkan aku ni dah jadi jahat sangat di mata diorang. See??? See??? Aku dah buruk sangka dengan orang. Astaghfirullah.. Bawak mengucap..
Bagi aku, aku cuba bertahan. Lagi 2 minggu je lagi kot. Aku siapkan urusan aku kat sana, ucap terima kasih and mintak maaf secara public, then chow. Tak sanggup lagi aku nak idup dengan environment macam tuh.
No comments:
Post a Comment