Salam
Aku dah keje. And yes aku keje hari ni. Memang cukup tak de mood nak keje. Petang ni lepas balik keje sepantas kilat kena balik kampung bersama oppa. Oppa ni pon tak sabar. Tau la lu cuti hari ni. Hormat sket pekerja contoh yang sanggup keje lagi hari ni sedangkan sume umat Islam yang lain dah siap nak pasang langsir, tebas lalang dibelakang rumah serta hias rumah serta reban ayam dan kandang kambing.
Ye aku mengarut sebab tak tau nak buat apa sorang-sorang kat opis ni. Kelig(aku tak tau eja camne) aku sume g antar brg, kuar g tgk outlet n sorang EL. Boss pulak tak masuk lagi. Memang masa yang amat baik untuk menulis new post yang mengarut. Cadang nak bukan FB, tapi aku pnye lokasi meja kat tengah2 donia. Kang ade je menegur, 'buka pesbuk ke', 'eh update resume ek'.. Saje tak leh tengok aku senang kan.
That day aku dah meluahkan perasaan kat bos aku. Bukan perasaan suka ka apa, boss aku dah tua kot, tak de nye aku jatuh hati kat dia (anak dia mungkin la). Aku meluahkan perasaan ketabest-annye aku duk keje kat sini. Aku nak cari keje lain, tak mau keje dengan bos dah (lari-lari lompat atas katil, tekup muka dengan bantal). Over kan.
Aku tak suka scope keje tu sebenarnya. Aku background Food Tech, skang keje admin. Kelaut kot. Stress la aku keje mende aku tak minat. Dah la keje banyak, busy then tak minat, lagi la tak semangat nak keje. Susah la aku nak perform gini. Daripada aku keje separuh hati, pergi keje pagi, then balik rumah merajuk-rajuk ape guna nya.(Over sangat)
Fortunately, bos aku memang baik hati, pankreas dan juga limpa. Dia bagi aku keje sampai aku dapat keje lain. Nasib baik die tak cakap 'Get out from here, i dun wanna see your face ever again!!!'. Kalo die cakap gitu aku bukan setakat lompat atas katil, lompat keluar tingkap aku. Baik dowh die, die cakap kalo awak nak cari keje lain saya tak boleh halang. Ye jangan halang saya, isk isk isk. Saya nak tinggalkan tempat ni. Memang drama queen ko kan dalam blog ni. Kalo kat luar I am just plain boring. Pendiam, sopan santun, serta penyayang.
Dah tak tau nak mengarut apa lagi dah, dari semalam bos suh aku cari dokumen ape ntah. Ntah terselit celah bedah mane. So aku kena start mencari, kang tetibe die masuk nampak aku tengah sedap menaip maybe die akan bertukar menjadi donald trump dan menjerit "YOU"RE FIRED!!!!"... Umur dah lebih kurang aku rasa.
No comments:
Post a Comment