Tuesday, December 31, 2013

Bebelan terakhir 2013


Assalamualaikum uolls


Today would be the last Tuesday in 2013. Homaiiii dah nak 2014. Time really really really flies~~~ Aku sekarang kat ofis yang sejuk, sampai aku tak dapat beza ni ofis ke walk-in chiller. For the past few days aku spend time kat ofis doin' nothing. So aku kembali ke tabiat lama suka baca blog. Pastu tu yang tetiba rindu nak update blog. Tiba-tiba banyak plak entri di bulan December ini... Kui kui kui...

Anyway, apa yang aku achieve in this 2013?? Hurmmmm... Aku pon tak tau sebab aku pon tak da la nak set azam apa bagai masa bulan January ituari. Cumanya aku tetap berharap benda yang sama. To be a better Muslim, a better daughter, a better friend. Aku pon tak tau la tercapai ke tidak objectives tersebut. Hurmmmmm.

Come to think of it, aku ni hidup macam tak da hala tuju. Tak de apa orang kata. Goal gitu. Memang, aku hidup hari-hari macam cukup-cukup untuk hidup saja. Tak lebih dari itu. Cukup sekadar aku sempat solat 5 waktu (itupun ada yang miss), makan 3 kali sehari, tidur secukupnya (selalunya tak cukup, selalu bangun pagi kepala pening gila), mandi (sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap sesi, jangan tanya aku buat apa dalam bilik air), bekerja dan main game Candy Crush. Itu sahaja. Apa yang essential, itu saja aku buat. Macam aku enjoy life ni secara basic saja. Yes aku sometimes enjoy good food and all that. But still I feel empty.

Don't know how to describe the emptiness. Hahahaha. Not only I suck at talking my heart, I also sucks at writting it. Hew hew hew. Aku selalu rasa aku lebih suka menulis dari bercakap. Contoh kalau aku tak puas hati dengan kawan aku, aku tulis SMS kat dia. Huhuhu. Kalau aku de terkasar bahasa, aku SMS gak 'Sorry weh, ko terasa ke dengan aku'. Macam tu lah lebih kurang. Dan juga kalau bersembang aku prefer whatsapp/SMS or apa2 yang bertulis. Sangatlah jarang aku bergayut melainkan aku nak bergosip macam Mak Jemah dengan teman2 rapat. Baru aku call.

Bukan apa orang tua2 penah kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kalau benda-benda bertulis sebelum send aku baca balik. Kalau agak2 ayat kuajaq, padam balik buat ayat baru. Gituh. Dan juga kalau ada orang tanya something unexpected, ada la masa sikit nak pikir sebelum jawab. Dan juga kalau by the time dah tak da idea nak cakap apa bleh la take time sikit nak pikir. Aku kalau cakap dalam fon dengan sesapa pon selalu je tetibe senyap. Giler awkward doh~~~

Tapi dalam text, selalu akan berlaku salah paham. Ye la text mane la ada intonasi, kengkadang ko cakap benda biasa pon orang salah baca boleh ingat ko memaki plak kan. Lagi satu kalau dah tersalah tulis nak cakap lain tapi tertulis lain dan tersend pulak ke orang itu, memang. Memang orang tersebut akan berdendam dengan 7 keturunan ko. Parah parah. Dapat plak orang yang kuat berdendam macam aku. Tapi aku dendam sekadar dendam je lah. Paling kuat aku tak bagi ko pinjam fon aku main Candy Crush.

Banyak jugak aku membebel kan. Aku dah blur nak taip apa. And tetiba rakan ofis yang duduk disekeliling aku dah balik dari meeting. Malulah la kalau nampak aku tulis blog. And also aku takut diorang bagitahu bos aku makan gaji buta masuk ofis tulis entry. Hahahaha.. Gile paranoid aku neh. Kelik2 aku sume baik-baik belaka. As for now. Hew hew hew

Happy New Year. Till then.
Assalamualaikum

Monday, December 30, 2013

Monday Blues Pos-Wedding Blues



Assalamualaikum,

Morning uolls. It's Monday again. Too bad huh. Tahu tak betapa malasnya aku nak bangun pagi tadi. Aku sepatutnya keluar dari rumah pukul 6.30am tapi aku bangun tidur pukul 6.30am. Nampak tak kemalasan disitu.

Anyway, sabtu lepas ade wedding kat rumah aku. Obviously bukan wedding aku. Kalau wedding aku mesti aku update persiapan segala bagai. Oleh kerana bukan wedding aku, aku pon couldn't care less. Hahaha.. Jahat gila. Actually, the wedding was kepunyaan abang aku. Yup the only bachelor siblings yang aku ada dah kahwin. That left only me the last one.


On the wedding day, aku tak involve sangat pon. Aku banyak duk dalam. Bile cam akak abang aku dh penat baru aku datang tolong. Itupun tak tolong mana la. Lagipun aku jd pengapit.

Another thing aku memang emo gila masa hari kejadian. Tak tau la kenapa. Orang cakap sikit pon aku dah terasa. Homai... Siap menangis lagi. Tambah lagi everybody kept asking, 'Oooo ni la yang bongsu ye. Bile lagi?" Aku memang benci gila bila orang tanya macam tu. Sebab apa? Just simply don't ask something that is so obvious. I'm single. So what lah kan. "Bile lagi?" Please don't ask something yang only God-knows ok. And also bila someone else get married, that doesn't mean I need to get married too kan. 

In addition, aku tak suka bila orang sekadar bertanya tanpa ada inisiatif untuk membantu. Cuba la tanya macam ni "Oooo ni yang bongsu, bile lagi? Dah ade boyfriend? Kalau takde pakcik ade anak lelaki hensem keje engineer and hensem macam artis korea." Bukankah itu lebih menyedapkan hati. Aku lebih suka diberi komen membina yang dapat mendorong aku untuk maju kehadapan. Hurmmm apekah relevennye perangai ku ini? Tak tau lah.


Aku tak boleh buang hakikat yang aku ni anak bongsu and suka bermanja. But parents aku memang tak pernah manjakan aku. That's why bila aku besar became very awkward untuk bermesra. Yes we can talk, tapi aku tak penah bercerita tentang personal life aku kat parents aku. Well, diorang pon tak pernah tanya. See the awkwardness??? Tapi tak pulak dengan abang2 and kakak2 aku. It's just that they tried so hard not to make me 'anak manja' takut aku jadi mengada-ngada sebab aku bongsu. End up aku jadi anak kurang kasih sayang, yang hanya mampu menangis seorang diri dan tak mampu memberi sepenuh kepercayaan kat orang lain sebab takut orang tak boleh terima aku. Yes myself esteem is that low. Kalau ade kawan-kawan aku yang baca blog ni. Yes, apa yang korang nampak tu bukan totally aku yang sebenarnya. There's a different side of me yang korang tak pernah nampak.

Ok aku rasa aku sudah off topics. Hahahaha. Tapi aku tak kan jumpa family yang caring macam my siblings. So I should be thankful to that. Yes, diorang tak pernah hujan-kan aku dengan kasih sayang, peluk cium, puji-pujian, timang segala bagai. But diorang la jadi tempat aku bergantung, diorang la yang risau bila aku sakit, diorg la yang risau kalau aku kena drive sorang2 malam2 buta, diorang la yang tolong bawak aku kesana-kemari masa aku takut bawak kereta dulu, diorang la tolong aku masa aku kesempitan wang. 

Sekarang aku cuba nak berdikari. It's not that aku dah tak perlukan diorang. But diorang suma dah ada tanggungjawab. So aku kena tunjuk yang aku boleh jaga diri sendiri. Aku boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tak perlu risau bila aku nak kahwin. Sementara menunggu orang yang akan jaga aku, aku boleh jaga diri aku sendiri. Just to let them know, I'm not their priority anymore even though I know I never was their priority. I'll stay strong until someone willing to make me their priority. 

Aku rasa aku patut baca buku motivasi la. Hahahaha. Down gila plak rasanya. Aku rasa ni entry paling emo aku pernah tulis. Anyway, I rasa agak lega because aku dah let go sikit perasaan yang aku pendam. Lagipun blog aku ni don't have much readers kan. Huhuhu, ade followers pun bukan yang kenal aku sapa. Hew hew hew..

Till then, Assalamualaikum.

Thursday, December 26, 2013

Long time no see. Lemme update a lil bit bout myself.

Assalamualaikum uolls...

Wow, tidak ku ingat bila kali terakhir aku menaip di blog ini. Ok tak payah ingat tengok je previous post kat bawah kan. Last update June 2013. Now December 2013. Lagi 5 hari masuk 2014. Oh my how times flies. Aku selalu berblogging dulu-dulu. Sekarang nak bukak laptop memang bercinta. Sebab kerja aku sekarang aku perlu online depan laptop setiap hari. Owh yeah pakai laptop company and if aku ada di office pakai wifi office if not pakai broadband sendiri yang selalu kena block sebab lambat bayar... Hahahaha...

So apabila pulang kerumah makanya lebih suka berbaringan di atas tilam dan online guna telefon pintar sahaja. Itupun bukak Pesbuk ama Instagram sahaja. Jauh sekali nak bukak blog. Maafkan aku blog ini dianak tirikan... Wahahaha.. Ketika ini aku sebenarnya sedang menaip report training. Yep pekerjaan baru aku ini memerlukan aku pergi training sebelum dapat bekerja dengan jayanya. Bagus bukan. Tak macam kerja dulu. Masuk je terus kena buat kerja yang perlu dipelajari dengan membuat kesilapan dahulu. Memang kite kena belajar dari kesilapan. But isn't better to do it right the first time? Iya kan.

Ok berbalik kepada training. Sebenarnya training aku habis on mid November. Hew hew hew. After more than a month baru nak buat. Nasib baik bos pergi bercuti. Hew hew hew. Tapi aku tak sempat nak habiskan the whole training. Ade interaction class konon-konon macam dalam kem motivasi tu aku tak dapat pergi sebab aku diimport untuk membantu teman sekerja di tempat lain. Tak dapat la bersama rakan se-training hingga ke akhirnya. Dah la lepas ni belum tentu boleh jumpa kerananya mereka di department berlainan. Dan aku kerjanya tak kan duduk di satu tempat je. Travel kesana-kemari, outstation. Kalo ade jodoh mungkin berjumpa. Kalo jodoh lebih kuat mungkin ke jinjang pelamin. Eh...

Lepas tuh aku terus ambil cuti selama beberap hari memandangkan aku dah bekerja ketika Deepavali itu hari and aku ada kerja ketika sabtu ahad. Maka aku lumsum kan semua dan cuti sesuka hati. Hew hew hew. Kalau dah cuti, balik ke kampung, kompem la tak pikir kerja. Aku kalo pulang ke rumah kejenya memasak, makan, makan, makan, tidoq, dan menonton cerita korea di KBSW dan One HD. Ahaaaa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPqAHfoZ7666hW3lqK9mr33MGEA-Uy3edA9Qxfh9VYTsp12r2HPhbRas_gnoCpuP0EV0-0tc9p2k0-FfZO3rbafwZHefT5-ps0VoSRO4cp52pLw1gxmQ8aDV8PxLHr6HhyphenhyphenWsnMJvJlrPQ/s1600/heirs+character+plot.jpg
Citer ni I suke uolls!!! Tengah main skang kt One HD *pic from google yeh*
Citer atas ni hah. Lee Min Ho berlakon. Sape tak nak tengok. De plak scene shirtless kat tepi pantai. Giler tak nak tengok. Hohohoho. Lepas pulang ke ibu kota, terus mula pekerjaan sendiri. Kuar pagi balik malam. Cube cakap, bila masanya nak taip report. Cuba cuba cuba??! Banyak-banyak perenggan nak cerita kenapa aku tak boleh taip report jek. Wakakakaka. Ni bukan update a lil bit. Ni a very detailed lil bit update.

Now aku stuck here, jammed tak tau nak meraban apa dalam report. Sebab most of the details segala module yang aku belaja sume ada kat umah. Sekarang menaip ikut gerak hati. Hew hew hew. Anyway, benda baru yang aku nak update is aku dah dapat kerja baru. Same field which is Quality Assurance but different organization. Organization means company yang amat besaq baq hang. Hahahaha. 

Ok jam sudah menunjukkan pukul 1. Makanya harus lah keluar mencari makan. But sekarang aku nak g bank dulu. Nak buat apa? Nanti kalau aku rasa kisah itu menarik akan ku kongsikan disini yeh...

Till then. Assalamualaikum